5 Posisi “Scrum-Half” Original

Posisi scrum-half merupakan posisi yang amat penting  untuk mana-mana pasukan ragbi di dunia. Berada di kedudukan yang menghubungkan bahagian forwards dan backs kepada satu unit, individu-individu inilah yang menjadi nadi sesebuah pasukan.

Perbezaan artikel ini adalah ia tidak akan memberi fokus kepada generasi pemain yang sedia ada  seperti Aaron Smith, Connor Murray, TJ Perenara atau Will Genia sebaliknya memberi fokus kepada mereka yang benar-benar memulakan gaya permainan scrum half yang original.

Menyedari kepentingan posisi scrum-half dan keperluan untuk terus membangunkan posisi ini, kami di Ragbi.MY telah menyediakan senarai scrum-half yang boleh dicontohi generasi-generasi pemain sedia ada dan akan datang.

5. Fourie du Preez (Afrika Selatan)

Pemain ragbi veteran Fourie du Preez pada suatu ketika dahulu merupakan diantara legenda buat pasukan Springboks.

70 penampilan antarabangsa dan 15-try, kabinet trofi beliau menampilkan pencapaian seperti IRB Under-21 World Cup (2002), tiga penampilan di Currie Cup Finals (2003, 2004 dan 2009), tiga gelaran juara Super 14 dan yang terbesar – Piala Dunia Ragbi 2007.

4. Augustin Pichot (Argentina)

Ketua pasukan Argentina Agustin Pichot merupakan antara individu yang memperkenalkan Argentina kepada ragbi dunia ketika beliau mengambil alih tugas memimpin pasukan dari Hugo Porta.

Memegang jawatan Timbalan Presiden World Rugby, Agustin pada suatu ketika dahulu membawa Argentina, negara yang terkenal dengan sukan bola sepak, ke tempat ketiga ketika Piala Dunia 2007.

Disebut sebagai ‘The Great Outsider’ di dalam sukan ragbi dunia, begitu hebat pencapaian pasukan yang dipimpin Agustin pada 2007 telah berjaya menempatkan mereka di dalam pertandingan Southern Hemisphere Tri Nations bersama New Zealand, South Africa dan Australia.

3. Matt Dawson (England)

Kalau disebut mengenai kemenangan England di Rugby World Cup 2003, nama yang kemungkinan besar akan disebut oleh mana-mana peminat ragbi hamper pasti adalah Johnny Wilkinson. Tiada yang lain, hanya Johnny Wilknson.

Namun begitu, nama Matt Dawson juga tidak wajar diketepikan. Terkenal dengan ‘quick tap’dan larian ‘dummy’ beliau, beliau merasai kejayaan pertama di arena antarabangsa ketika memenangi Sevens World Cup bersama England.

Nama yang seringkali diketepikan apabila diletakkan sebaris dengan scrum-half lain sezaman beliau, Matt Dawson adalah antara kategori ‘underdog’ yang wajar diteliti pemain dan jurulatih negara.

2. George Gregan (Australia)

George Gregan merupakan pemegang rekod pemain yang terbanyak mewakili Australia di peringkat antarabangsa.

Dilahirkan di Zambia, George memenangi Bledisloe Cup 2002 dan mewakili pasukan Australia yang tewas kepada England ketika perlawanan akhir 2003 Rugby World Cup.

Dihormati kerana kepimpinan beliau, pengetahuan taktikal dan keazaman beliau, definisi perjalanan karier beliau wajar diingati khususnya dalam pertandingan ‘rivalry’ All Blacks –Wallabies.

1.Justin Marshall (New Zealand)

Di era 90an dan 2000 ragbi dunia dipenuhi dengan scrum-half ternama antaranya George Gregan (Australia), Joost van der Westhuizen (Afrika Selatan), Rob Howley(Wales), Matt Dawson (England), Fabien Galthie (Perancis), dan tidak mahu ketinggalan New Zealand ada Justin Marshall.

Cukup bijak di atas padang, beliau menjadi koordinasi penting di dalam pasukan All Blacks yang mempunyai nama nama besar ketika itu seperti Jonah Lomu, Zinzan Brook dan Simon Culhane.

Mengabungkan larian yang tepat, ‘kicking’ yang wajar dipuji dan kebolehan membaca permainan, Real Rugby menamakan beliau sebagai scrum half terbaik sepanjang masa.

Berpuas hati dengan senarai kami? Siapa lagi yang anda rasa wajar dijadikan contoh sebagai antara OG scrum-half di dalam senarai ini.

Kongsi dengan kami pendapat anda di ruangan komen kami.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: