Kecil Kecil Cili Api: 3 Pemain Bersaiz Kecil Yang Beri Impak Besar Kepada Sukan Ragbi

Acapkali apabila kita cuba mengajak kawan-kawan kita yang bajunya bersaiz XS dan S untuk bermain ragbi, kebanyakan akan menolak kerana risaukan patah tulang, koyak otot atau kena lanyak dek pemain yang saiz badan berganda-ganda lebih besar.

Namun begitu, di dalam ‘scene’ ragbi dunia, selalunya pemain yang kecil tubuh badan inilah yang memberi impak besar kepada permainan.

Dan sebagai sukan yang serba versatil, setiap susuk tubuh itu ada kelebihannya di dalam sukan ini, berbanding sukan-sukan lain yang hanya memberi penekanan kepada beberapa bentuk fizikal sahaja.

Mari kita lihat contoh kategori yang kita sebut sebagai kecil-kecil cili api.

1. Gio Aplon (Afrika Selatan)

Meskipun wajar diketepikan kerana kurangnya saiz di betis dan biceps, namun kebolehan beliau untuk menewaskan sebarang pertahanan pada berat hanya 80kg, ternyata tidak ada yang mustahil buat Gio Aplon.

Bukan itu sahaja, kalau tidak kerana Gio Aplon kebarangkalian untuk pemain-pemain generasi kin seperti Cheslin Kolbe mungkin tidak mendapat tempat di dalam mana-mana pasukan kerana stigma pemain perlu melebihi 100kg untuk bermain ragbi.

2. Damian Mackinzie (New Zealand)

Bersaiz 5’8” fullback All Blacks Damian Mckenzie merupakan pemain yang terkenal dengan kepantasan dan merupakan jawapan All Blacks kepada konsep rush defense yang digunakan oleh pasukan-pasukan seperti England.

Bukan itu sahaja, playmaker itu turut membuktikan bahawa meski saiz tidak memadai untuk ragbi, tetapi kemampuan beliau memberi impak yang cukup besar kepada permainan All Blacks.

3. Faf De Klerk (Afrika Selatan)

Digelar ‘The Giant Slayer’, Faf De Klerk bukanlah saiz tipikal seorang pemain ragbi. Menampilkan permainan yang bertenaga dan berinovasi, Faf merupakan antara pemain yang cukup mudah dikenalpasti di atas padang dengan rambut yang panjang dan larian kencang menebuk pertahanan lawan.

Kehebatan beliau sepanjang memegang jersi no 9 bersama Sales Sharks membolehkan beliau untuk terus menempa nama dengan gelaran Sales Player of The Year 2017/2018 dan sebagai salah satu calon English Premiershop Rugby Union Player of the Season.

Contoh-contoh pemain yang tidak bersaiz besar di dalam senarai ini merupakan sebahagian kecil daripada pemain yang terus menempa nama di persada arena antarabangsa. Tag rakan-rakan rugger anda yang bersaiz xs dan s di ruangan komen kami, supaya lebih ramai lagi akan memilih sukan ragbi sebagai sukan pilihan mereka di masa akan datang. 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: