Terbaik Dari Super Rugby: 5 Pemain Paling Berpengaruh Setakat Ini

Pemain berpengaruh atau influential players wujud dalam mana-mana pasukan ragbi. Pemain-pemain ini merupakan diantara nadi sebuah pasukan, dan ketiadaan kelibat pemain-pemain berpengaruh ini adakalanya menjadikan pasukan serba tidak kena.

Tidak kira walau dalam apa-apa posisi, selalunya pemain sebegini merupakan antara pemberi try utama pasukan; pakar conversion; kekuatan persis peti ais bergerak menghentam barisan pertahanan lawan; ada killer side step; atau merupakan nadi motivasi sesebuah pasukan, tanpa mereka main pun tak sedap.

Senarai yang kami sediakan ini merupakan antara contoh pemain berpengaruh di dalam sesebuah pasukan, setakat ini.

5.         Damian McKenzie (Chiefs)

Pemain yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi buat peminat All-Blacks, kehebatan pemain ini untuk merubah rentak permainan merupakan antara sebab mengapa beliau begitu bernilai buat Chiefs.

Pada usia 23 tahun, SuperMac ampuh sebagai pemain yang lincah, kreatif dan mempunyai kemampuan goal kick yang bagus.

4.         Ardie Savea (Hurricanes)

Pasukan Hurricanes secara keseluruhannya bukanlah pasukan yang digeruni kerana kekuatan pack-nya, tetapi ternyata Ardi Savea lain daripada yang lain.

Masih lagi di dalam proses untuk mengenali selok-belok ragbi di peringkat tertinggi Ardie bukan sahaja Flanker yang wajar diberi perhatian, beliau juga sangat berkemahiran untuk mengisi slot No 8 Hurricanes dengan larian kencang dan positioning yang tepat apabila diperlukan.

3.         Malcolm Marx (Lions)

Antara Hooker terbaik hari ini, Marx wajar disebut sebagai nadi pasukan Lions. Menggabungkan kemahiran sebagai Hooker dan Loose Forward, Marx bukan sahaja melakukan tugasan seorang Hooker dengan cemerlang, sumbangan beliau telah menjadikan Lions antara yang paling digeruni di dalam siri Super Rugby.

Tidak percaya bahawa seorang Hooker boleh membawa impak besar? Tiga penampilan berturut-turut di pentas akhir wajar menjadi bukti kehebatan beliau.  

2.         David Pocock (Brumbies)

Loose Forward David Pocock wajar diangkat sebagai antara contoh terbaik forward bertaraf dunia. Kehadiran beliau sahaja sudah cukup menggerunkan pihak lawan dan apabila beliau on the ball, kemahiran beliau sukar ditandingi.

1. Rieko Ioane (Blues)

Finisher terbaik ragbi hari ini (22 try dalam 24 test) harus diangkat Blues untuk mengubah nasib mereka tahun ini.

Fizikal yang besar, pantas dan sentuhan yang silky smooth, kelibat beliau beraksi bersama Sonny Bill Williams dan Ma’a Nonu merupaka sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat Super Rugby.

Adakah senarai yang kami kemukakan menepati ciri-ciri pemain berpengaruh setakat ini? Mungkin selepas ini, kami kemukakan senarai paling berpengaruh tempatan pula selepas ini, mesti padu!  

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: