5 Pemain Ragbi Paling Digeruni Sepanjang Zaman

Apabila ada dikalangan kita yang berpeluang untuk menjejakkan kaki ke padang ragbi, pengalaman mengajak kita untuk mula menganalisa setiap pemain pasukan lawan.

Sudah menjadi naluri setiap pemain untuk mengenalpasti pemain yang wajar digeruni di dalam padang, dan sekiranya kita cuai padah bakal melanda.

Begitu juga hakikatnya di dalam scenario ragbi dunia, di mana terdapat lima pemain ragbi yang wajar mendapat sebagai pemain paling digeruni sepanjang zaman.

5. Jerry Collins

Pemain All-Blacks berdarah Samoa Jerry Collins merupakan diantara pemain yang cukup terkenal dengan antara ‘hardest tacklers’ dalam dunia ragbi.

Pernah bermain posisi flanker dan Number Eight, beliau menempa nama sebagai pemain yang cukup ganas dan berkemahiran dalam tackling bukan sahaja di bumi New Zealand, tetapi di Eropah sehingga ke Asia.

Kemahiran beliau di dalam memberhentikan momentum pemain boleh dilihat di dalam sedutan video yang kami sertakan di bawah.

4. Duane Vermeulen

Pemain Africa Selatan dan Bulls Daniel Johannes ‘Duane’Vermeulan turut dikenali dengan nama yang cukup ganas, ‘Thor’.

Antara sebab mengapa beliau digelar dengan nama yang sinonim dengan The Nordic God of thunder adalah kerana beliau telah diangkat sebagai diantara Number 8 terbaik dunia.

Seorang yang terkenal dengan permainan fizikal, berikut merupakan sedikit sedutan kemampuan beliau sebagai Thor dalam dunia ragbi.

3. Nemani Nadolo

Pemain Fiji Nemani Nadolo begitu berkemahiran di dalam posisi beliau sebagai Winger atau Center.

Terkenal dengan kepantasan meski pada tubuh badan yang besar, beliau memulakan karier professional di Australia dengan 13 try dalam 7 permainan pertama beliau.

Beliau turut memperoleh gelaran try terbanyak ketika IRB Junior World Championship 2008.

Gaya lenggok beliau yang ampuh turut dibandingkan dengan lagenda All Black Jonah Lomu, lebih-lebih lagi apabila beliau menandatangani kontrak bersama Waratahs pada tahun 2008.

Mampu berlari dalam masa dibawah 11 saat untuk 100 meter, beliau membuktikan bahawa kepantasan bukan hanya milik mereka yang bertubuh kecil.

2. Josua Tuisova

Satu lagi pemain Fiji yang masuk ke dalam senarai kami sebagai antara pemain ragbi yang digeruni adalah Josua Tuisova Ratulevu.

Seperti Nemani Nadolo, Josua Tuisova berkemahiran bermain posisi Winger dan Centre.

Terkenal dengan larian deras dan permainan fizikal, beliau mendapat gelaran ‘The Bus, yang sedikit sebanyak tidak memerlukan penerangan yang lebih lanjut.

‘The Bus’ juga turut diangkat sebagai contoh bagaimana seorang yang mempunyai fizikal yang besar, tidak wajar dipandang enteng dari sudut kepantasan lariannya.

1.Adik Beradik Tuilagi

Adik Beradik Tuilagi merupakan nama yang bukan calang-calang lagi di dalam dunia ragbi. Bermula dengan Freddie Tuilagi, Henry Tuilagi, Alesana Tuilagi, Anitelea Tuilagi dan Sanele Vavae Tuilagi, kesemua mereka mewakili Samoa di peringkat antarabangsa.

Manu Tuilagi mempunyai pendekatan yang berbeza apabila beliau dipilih untuk mewakili England.

Disebut sebagai ‘The Brotherhood of Tigers’, keluarga Tuilagi mendominasi permainan yang mempunyai tackle yang ganas, larian yang menderu serta kemahiran bola yang tiada tolok bandingnya.

Bersetuju dengan senarai kami? Kami amat berharap bahawa satu masa nanti, nama pemain dari Malaysia pula yang menempa nama di dunia ragbi berinspirasikan nukilan yang kami persembahkan kepada anda.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: