Pada masa ini, Super Rugby sudah lama dianggap sebagai pertandingan ragbi berkelas premier apabila kebanyakan pasukan menampilkan pemain-pemain terbaik dari New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan Argentina.

Namun begitu, ini tidak akan berkekalan lebih-lebih lagi dengan perpindahan secara besar-besaran pemain ternama liga itu ke liga-liga lain yang lebih lumayan di Britain, Eropah dan Jepun, ya Jepun beb!

Tawaran yang lebih lumayan diluar menyaksikan kebanyakan pemain dari the All Blacks, Wallabies, Springboks dan Pumas bakal beraksi di liga selain Super Rugby bermula dari tahun 2020 dan seterusnya.

Berikut merupakan XV pemain-pemain yang bakal beraksi di The Premiership, Top 14, Pro 14 dan Top League di Jepun.

Jeff Toomaga-Allen (Hurricanes to Wasps)

Prop All Blacks Jeff Toomaga-Allen bakal menyertai rakan sepasukan Lima Sopoaga, Malakai Fekitoa dan Jimmy Goperth setelah gagal meletakkan beliau sebagai pilihan utama pengendali All Blacks Steve Hansen untuk pasukan kebangsaan New Zealand itu.

Meski hanya memiliki 1 cap bersama All Blacks, prop ini mengambil keputusan untuk mendapatkan tawaran yang lebih lumayan dengan meninggalkan Super Rugby untuk menyertai rakan sepasukannya yang lain di Ricoh Arena.

Akker van der Merwe (Sharks to Sale)

Terkenal dengan gelaran ‘The Warthog’ Akker terkenal dengan larian-larian padu yang fizikal, namun tidak diberi peluang di peringkat antarabangsa mahupun kelab untuk bersinar.

Mangsa kepada kuota kaum Afrika Selatan dan kehebatan rakan sepasukan Malcom Marx, pilihan untuk meninggalkan Sharks of Durban untuk Sharks of Sale.

Owen Franks (Crusaders to Northampton)

Ber-cap 106, pemenang dua kali Piala Dunia, pemenang Super Rugby sebanyak dua kali, dan dengan keinginan untuk memenangi anugerah ketiga, tiada siapa yang dapat menyalahkan Owen Franks untuk menandatangani kontrak yang lumayan bersama pasukan Saints.

Eben Etzebeth (Stormers to Toulon)

Antara forward yang paling digeruni, pemergian Eben Etzebeth ke Toulon, merupakan berita yang paling dinanti-nantikan pemain Super Rugby yang lain.

Disegani kerana larian yang berani dan mampu meninggalkan kesan trauma kepada pihak lawan, Stormers sudah pasti akan kehilangan pemain yang berkualiti dan pemain yang mampu membimbing pasukan Robbie Fleck.

Kieran Read (Crusaders ke Toyota Verblitz)

Melengkapi senarai lima pemain ternama yang bakal meninggalkan kancah Super Rugby pasca Piala Dunia Jepun 2019, tidak lain tidak bukan ada Kieran Read yang telah mewakili Crusaders sedari tahun 2009 lagi.

Mempunyai 118 caps bersama All Blacks, pemenang piala dunia sebanyak dua kali ini dan pemenang tiga kali Super Rugby, bakal memberi kehangatan kepada liga utama Jepun tahun hadapan.

Dengan liga-liga di Eropah dan Jepun menawarkan gaji yang lebih lumayan, adakah ragbi juga bakal menghadapi nasib yang sama seperti bola sepak? Berikan komen anda di bahagian komentar kami.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: