Lima Keperluan Penting Buat Weekend Warrior Dalam Saingan Liga Amatur Ragbi Malaysia

Ragbi.My’s Senaraikan Lima Keperluan Terpenting Buat Weekend Warrior Kita Dalam Menghadapi Saingan Liga Amatur Ragbi Negara

Weekend Warrior merupakan nama yang sering dikaitkan buat pemain-pemain ragbi di antara kita yang masih terasa kehangatan semangat persaingan di dalam sukan ragbi tidak kira umur, maka tidak hairan mengapa liga-liga tempatan seperti Liga Selangor, Liga Kuala Lumpur, Liga Putrajaya dan liga-liga di seantero negara padat dengan pasukan-pasukan lama dan baru berentap untuk kejuaraan. 

Dipanggil sebagai team rojak, jemput-jemput dan team bapak ayam, pasukan amatur negara wajar diangkat sebagai Weekend Warrior terulung kerana sanggup menyumbang tenaga, masa, mileage kereta dan ada kalanya wang ringgit, demi lencana di dada. 

Menyedari perlunya kami mengangkat Weekend Warriors ini, kami senaraikan lima keperluan terpenting buat Weekend Warrior!

  1. Seluar Ragbi

Meski remeh, seluar ragbi merupakan sesuatu yang kalau tidak hilang, ada lah ia tersangkut di mana-mana. Leceh tahu tak. 

Jikalau bermain dalam pasukan Weekend Warrior, tidak sah kiranya jikalau ada seseorang yang akan bertanya siapa yang ada short  lebih, dan jangan terkejut jika ianya orang yang sama saban minggu. 

  1. But

Hal kedua terpenting yang sering dilupakan atau diperlukan sesebuah pasukan ragbi amatur adalah kasut but lebih. Terkenal dengan permainan serba kasar, kasut but merupakan antara senjata utama yang sering perlu diganti. 

Memandangkan sukan ragbi masih belum dapat membawa keuntungan atau wujud sebarang insentif berbentuk wang ringgit, kasut but seringkali digunapakai semula menggunakan bahan-bahan harian seperti black tape atau strapping lebih. 

  1. Kinesio Tape

Antara aksesori yang banyak memunculkan diri sejak 3 tahun ini adalah pengunaan kinesio tape warna warni yang digunakan di pergelangan tangan, lutut dan bahu pemain – kata mereka demi menambah sokongan buat bahagian tubuh badan yang sering cedera. 

Meski pakar-pakar perubatan menyangkal perbezaan sokongan yang diberikan kinesio tape dan strapping biasa, janganlah pula anda ceritakan hakikat ini kepada mereka yang sudah pun membelanjakan ratusan ringgit untuk membeli kinesio tape ini. 

Anggap sahaja ianya memberi sokongan psikologi kepada mereka. 

  1. Magic Spray

Jika tidak habis sebotol, tidak sah. Kegunaan Magic Spray yang sering dilihat dikaca TV, seringkali juga membuat penampilannya seperti di liga-liga tempatan. 

‘Mampu’menghilangkan sengal-sengal pasca tackle, ramai yang akan mengingati sensasi sejuk yang disulami haruman seakan minyak angin acap kali disembur dengan Magic Spray ini. 

  1. Ais

Tidak sah satu game ragbi jika tidak ada ais. 

Kerana ingin menjimatkan sewa padang perlawanan, lokasi liga seringkali diadakan di lokasi yang tidak disediakan tempat berteduh. Dengan jadual perlawanan yang seringkali diadakan di waktu matahari di kemuncak kepanasannya, ancaman dehydration dan heat stroke sering menghantui pemain-pemain. 

Ais bukan sahaja bertindak memberi kesejukan kepada minuman 100 Plus, Protein Shake, Pre Workout pemain dan air botol, ia juga bertindak sebagai mandian lebih-lebih lagi buat pasukan yang mempunyai khidmat mandian ais di fasiliti mereka. 

Cukup lengkapkah senarai yang kami berikan ini? Ada barang-barang lain yang kami tertinggal? Kongsikan bersama kami apa pendapat anda harus diangkat sebagai barangan terpenting yang harus ada pada seorang Weekend Warrior?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: