DEBARAN NATIONAL 7’S 2019 SEMAKIN TERASA

Kejohanan Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan atau lebih dikenali dengan nama National 7’s bakal berlangsung pada 14-15 September ini di Ipoh, Perak.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menyebut bahawa kejohanan tersebut adalah sebagai platform pemilihan pemain-pemain yang akan mewakili negara di samping mengenalpasti pengadil-pengadil yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

(Sumber: Laman facebook Malaysia Rugby Union)

Kenyataan media itu turut menjelaskan bahawa 44 pasukan akan berentap dalam lima kategori iaitu Men’s Core, Men’s Qualifier, Terbuka Wanita serta Lelaki dan Wanita bawah 20 tahun.

Bagi kategori Men’s Core, sebanyak lapan pasukan teratas pada saingan 2018 akan bertanding manakala kategori Men’s Qualifier menyaksikan tujuh pasukan, Terbuka Wanita sebanyak sembilan pasukan, Lelaki bawah 20 tahun sebanyak 13 pasukan dan Wanita bawah 20 tahun sebanyak sembilan pasukan untuk merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM30,000.

Bersempena dengan kejohanan tersebut, KRM dengan kerjasama World Rugby Association turut menganjurkan Kursus Match Day Controller (MDC) yang bertujuan melahirkan lebih ramai lagi Pegawai Teknikal Kejohanan di negara ini.

Dalam pada itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir pada 15 September seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: