Pasukan X MORUC membuktikan kemampuan apabila berjaya muncul selaku naib johan dalam Kejohanan Ragbi Liga Melaka 2019 baru-baru ini.
Ragbi.my yang menghubungi pengurus pasukan X MORUC, Muhammad Nazir Mokhdar berkata, kejayaan pasukannya itu adalah hasil komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak.
“Selama kempen Liga Melaka berlangsung, pemain-pemain telah mempamerkan mutu permainan yang konsisten, berdisiplin serta mengikuti rancangan taktikal oleh jurulatih dengan baik,” jelas Nazir.
Menurutnya lagi, barisan kejurulatihan X MORUC yang terdiri daripada Mohd Shafiadey dan Norazman Omar serta pengurus utama M. Farid Aziz berjaya membentuk sebuah pasukan yang mantap pada saingan liga tahun ini.
Di peringkat kumpulan, X MORUC menewaskan Bukit Beruang RC (35-7) dan MASTANA Warrior (37-0) dan seterusnya di peringkat kedua mengenepikan cabaran HIGHLANDERS (20-5) dan Boys of Merlimau (BOMM) dengan mata 34-7.
Momentum X MORUC diteruskan apabila Politeknik Merlimau Hornet menjadi pasukan berikutnya ditewaskan dengan mata 20-0 di peringkat separuh akhir.
Skuad X MORUC yang dibarisi 35 pemain berbakat besar kemudiannya melangkah ke final bertemu Tuah RC.
Namun, nasib tidak menyebelahi X MORUC apabila Tuah RC nyata lebih unggul dengan asakan demi asakan hingga ke wisel penamat.
Perlawanan berkesudahan 34-24 menjadikan X MORUC selaku naib johan Liga Melaka 2019.
Menurut Presiden X MORUC, Datuk Hashim Isa berkata, prestasi pasukan bertambah baik tahun ini jika dibandingkan pada tahun lalu di mana X MORUC sekadar meraih naib johan Bowl.
Liga Melaka dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Melaka bertujuan mencari bakat-bakat baru dalam arena ragbi negeri untuk menyertai kejohanan-kejohanan kebangsaan seperti SUKMA dan Piala Agong.
You must be logged in to post a comment Login
You must log in to post a comment.