SARC 2019 PACU PEMBANGUNAN BAKAT RAGBI NEGARA

Penganjuran Shah Alam Rugby Challenge 2019 (SARC 2019) menjadi salah satu platform penting dalam agenda pembangunan bakat ragbi khususnya dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini.

Sebanyak empat kategori umur dipertandingkan di SARC 2019 iaitu bawah 11 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun.

Bagi kategori umur bawah 11 dan 12 tahun, kejohanan telah berlangsung pada 16 dan 17 November lepas di padang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Pada pertandingan tersebut menyaksikan ARPU Tornado muncul selaku juara Cup B12 selepas menewaskan Meru Pipers dengan mata 30-12 manakala pasukan COBRATS mengungguli kategori B11 selepas mengenepikan cabaran Kl Saracens 22-7.

ARPU Tornado johan Cup B12 SARC 2019
Sumber: Laman Facebook page SARC 2019 / Credit: Tigers Super Sports

Sementara itu pasukan Green Hornet RC mengatasi KL Saracens untuk merangkul juara Plate B12 manakala Waja Panthera menewaskan pasukan MBSA Stingers untuk muncul juara Plate B11.

COBRATS selaku juara Cup B11
Sumber: Laman Facebook page SARC 2019/ Credit: Tigers Super Sports

Pasukan KL Overlord pula mencipta kejayaan tersendiri apabila kedua-dua pasukan B11 dan B12 mereka menaiki podium selaku juara Bowl selepas menewaskan SAKSEED untuk dua kategori umur tersebut.

SARC 2019 yang dianjurkan bersama oleh Tigers Super Sports dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta mendapat sokongan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) dan Program Pembangunan Ragbi Negara (NDRP) menyaksikan sebanyak 12 pasukan bertanding untuk kategori B12 dan tujuh pasukan untuk kategori B11.

SARC 2019 Day 1
Sumber: Laman Facebook page SARC 2019/ Credit: Tigers Super Sports

Bagi kategori B14 dan B16, kejohanan akan berlangsung pada 23 dan 24 November ini di venue sama iaitu di padang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

16 pasukan akan berentap bagi kategori B14 dan B16 dan dibahagikan kepada empat kumpulan. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan pasukan bertanding di SARC 2019 ialah sebanyak 65 pasukan.

Selain MRU dan NDRP, SARC 2019 juga mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kerajaan Negeri Selangor dan jenama pakaian sukan Strike Rugby Wear.

Orang ramai dijemput memeriahkan SARC 2019 dan sama-sama menyokong pembangunan ragbi negara di peringkat akar umbi.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: