SABAH BERDEPAN TERENGGANU DI PENTAS AKHIR PIALA AGONG 2019

Aksi mendebarkan telah disaksikan peminat ragbi tempatan yang membanjiri Padang A UPM semalam bagi menyaksikan dua perlawanan separuh akhir Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Sabah tidak memberi sebarang peluang kepada Kelantan apabila membelasah 100-0 untuk mengesahkan tempat ke final.

Credit to ROTV FB page

Sabah yang juga juara Piala Agong 2018 mengasak pertahanan Kelantan sejak dari awal permainan serta menggunakan kelebihan pemain import mereka untuk mencipta try dan mendahului mata.

Bersambung pada sebelah petangnya, pertembungan dua pasukan Johor dan Terengganu turut disajikan dengan aksi-aksi menarik.

Terengganu yang belum pernah menggenggam trofi kejuaraan telah mempamerkan mutu permainan baik namun Johor juga tidak memberi laluan mudah.

Saingan sengit antara Terengganu dan Johor berakhir dengan mata 34-31 sekaligus melayakkan pasukan dari Pantai Timur itu ke pentas final.

Credit to ROTV FB page

Kelantan dan Johor bagaimanapun akan bertemu semula untuk penentuan tempat ketiga dan keempat pada hari Sabtu ini (23 Nov) di Stadium UPM.

Bagi peminat ragbi tanahair, pertembungan Sabah dan Terengganu pastinya sangat dinantikan.

Terengganu yang terkenal dengan corak larian pantas bakal berdepan dengan Sabah yang mempunyai kekuatan di bahagian forward.

Pertembungan ini juga bakal menyaksikan kemampuan Terengganu dalam usaha mereka untuk menjulang Piala Agong buat pertama kali.

Credit to MRU FB page

Peminat ragbi tanahair dijemput untuk sama-sama memeriahkan pentas final pada 23 November ini di Stadium UPM di Serdang.

Adakah Sabah terus mempertahankan kejuaraan atau Terengganu mencipta sejarah sebagai juara Piala Agong edisi 2019?

Sama-sama kita saksikan nanti.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: