FAKTOR CUACA JADI PENENTU FINAL PIALA AGONG 2019

Menjelang aksi perlawanan akhir Piala Agong 2019 di antara Sabah menentang Terengganu di Stadium UPM hari ini, peminat ragbi tempatan pastinya menanti dengan penuh debaran pasukan manakah yang bakal bergelar juara pada kejohanan edisi tahun ini.

Ragbi.MY berpeluang mendapatkan pandangan serta meninjau persiapan akhir skuad Negeri Di Bawah Bayu bersama Dr. KH Tan selaku Pengerusi Lembaga Sukan Sabah yang juga Penasihat skuad tersebut di sepanjang kempen Piala Agong 2019.

Perlawanan tempat ketiga/keempat dan perlawanan akhir Piala Agong 2019 di Stadium UPM Serdang
(Sumber: Laman Facebook page Malaysia Rugby Union)

Menurut beliau, skuad Sabah di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Bradley Moni Mika akan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Agong 2019.

Jelasnya lagi, persiapan akhir dari segi teknikal dan taktikal telah dilaksanakan oleh barisan kejurulatihan Sabah untuk menghadapi cabaran Terengganu.

Beliau yang juga mantan Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Sabah menjelaskan bahawa kesemua pemain berada di dalam prestasi terbaik dan bersedia untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu.

“Namun sesuatu yang membimbangkan ialah keadaan cuaca pada sebelah petang yang tidak menentu akhir-akhir ini,” jelas KH Tan.

(Sumber: Laman Facebook page Malaysia Rugby Union)

Katanya lagi, faktor cuaca menjadi penentu kepada corak permainan kedua-dua pasukan dan beliau berharap para pemain dapat beraksi dengan cemerlang walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal turut memberi sokongan kepada pasukannya itu dan berharap aksi di pentas final dipersembahkan dalam penuh semangat kesukanan.

Skuad Sabah yang dibarisi oleh kebanyakan pemain-pemain musim lalu bersedia mempertahankan kejuaraan namun tidak memandang ringan saingan yang bakal diberikan oleh pasukan Terengganu.

Perlawanan akhir Piala Agong 2019 akan berlangsung di Stadium UPM Serdang hari ini pada jam 4.00 petang. Orang ramai dijemput hadir menyaksikan perlawanan akhir tersebut.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: