Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

SEMASHUR, KL SARACENS UNGGULI SHAH ALAM RUGBY CHALLENGE 2019

Penganjuran Shah Alam Rugby Challenge 2019 (SARC 2019) diteruskan lagi dan kali ini menyaksikan pertembungan pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kategori bawah 14 dan 16 tahun.

Pada saingan yang berlangsung pada 23 dan 24 November lepas di padang Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyaksikan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) beraksi cemerlang untuk muncul juara kategori bawah 16 tahun.

Antara aksi dirakamkan sepanjang SARC 2019 bagi kategori umur bawah 16 dan 14 tahun
Gambar oleh: Tiger Super Sports / Dipetik dari Shah Alam Rugby Challenge Facebook page

SEMASHUR mengenepikan cabaran SMK Seksyen 19 di pentas final Cup dan dinobatkan selaku juara SARC 2019 bagi kategori tersebut.

Manakala bagi kategori bawah 14 tahun KL Saracens menewaskan ARKP Raptors untuk bergelar juara Cup.

Meskipun hujan lebat yang turun menjejaskan sedikit keadaan padang, namun semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh pemain amat tinggi dan wajar dijadikan contoh.

Antara aksi dirakamkan sepanjang SARC 2019 bagi kategori umur bawah 16 dan 14 tahun
Gambar oleh: Tiger Super Sports / Dipetik dari Shah Alam Rugby Challenge Facebook page

Bagi kategori bawah 16 tahun, Fourian RC meraih johan Plate dan Bengals RC pula berpuashati dengan johan Bowl.

Manakala kategori bawah 14 tahun pula, Tamaraw RC beraksi cemerlang untuk meraih johan Plate dan KL Overlord pula memenangi Bowl.

Menurut Pengarah Kejohanan SARC 2019, Abdul Muin Ahmad Wahi yang dihubungi Ragbi.MY berkata, kejayaan penganjuran kejohanan ini adalah hasil sokongan semua pihak dalam memajukan sukan ragbi di peringkat akar umbi.

Jelasnya lagi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sangat menyokong usaha tersebut untuk memartabatkan sukan ragbi.

“SARC akan diteruskan pada tahun 2020 dengan penambahan kategori perempuan serta penglibatan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Tigers Super Sports selaku penganjur bersama,” jelas beliau lagi.

Selain KPM, penganjuran SARC turut mendapat sokongan daripada Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) serta Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NDRP).

Abdul Muin juga turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama untuk menjayakan penganjuran SARC 2020.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

RM2 juta ialah dana diperlukan oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bagi merealisasikan penyertaan dan penganjuran Kejohanan Ragbi Asia (ARC) tahun ini. Memetik laporan BERNAMA,...

FEATURES

National Rugby Development Program (NRDP) atau Program Pembangunan Ragbi Kebangsaan ditubuhkan dengan misi menyediakan pelapis untuk menghadapi kejohanan ragbi utama. Melalui penubuhannya, kategori umur...

FEATURES

Beberapa hari sahaja lagi tahun 2020 bakal melabuhkan tirainya. Tahun yang penuh dengan onak duri serta pelbagai cabaran dan ketidaktentuan, merubah segalanya dalam sekelip...

NEWS

21 Disember: Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) Datuk Shahrul Zaman Yahya hari ini meninjau persiapan skuad 7’s negara yang dalam persiapan menghadapi temasya Sukan...

Advertisement
0