TOP 5 FAKTA RAGBI SIX NATIONS 2020

Menjelang aksi perlawanan pusingan pertama kejohanan ragbi Six Nations pada 1 Februari ini di antara Wales menentang Itali dan Scotland bertemu Ireland, peminat ragbi antarabangsa pastinya berteka-teki pasukan manakah yang akan menjulang kejuaraan pada tahun ini.

Kejohanan ragbi melibatkan enam pasukan utama Eropah iaitu England, Wales, Ireland, Scotland, Perancis dan Itali sememangnya menarik perhatian umum untuk mengikuti perlawanan penuh dramatik dan mendebarkan.

Poster Six Nations Championship oleh Guinness Six Nations (Laman rasmi Facebook)

Namun sejauh manakah pengetahuan anda tentang sejarah serta fakta-fakta menarik di sebalik penganjuran kejohanan ini?

Ikuti kupasan oleh Wartawan Ragbi.my, Bob Faizeli Mohamed Din yang membawakan kepada anda 5 fakta menarik kejohanan ragbi paling berprestij ini.

KEJOHANAN BERUSIA 137 TAHUN

Kejohanan pada tahun 1837, dikenali dengan nama Home Nations Championship, melibatkan hanya empat negara iaitu England, Ireland, Scotland dan Wales. Pada 1910, dikenali dengan nama Five Nations Championship dengan penyertaan Perancis, namun mulai tahun 2000, nama Six Nation Championship digunapakai apabila Itali menyahut cabaran dengan menyertai kejohanan tersebut.

ENGLAND JUARA TERBANYAK

Sejak dipertandingkan secara professional bermula pada tahun 2000, England muncul sebagai negara paling banyak menjuarai Six Nation Rugby iaitu sebanyak enam kali pada tahun 2000, 2001, 2003, 2011, 2016 dan 2017.

ANUGERAH WOODEN SPOON

Anugerah Wooden Spoon diperkenalkan untuk pasukan tercorot dalam kejohanan ini. Itali merupakan negara paling banyak menerima Wooden Spoon iaitu sebanyak 14 kali. Scotland pula empat kali dan Perancis sekali sahaja pada tahun 2013.

TROFI LAMA VS TROFI BARU

Trofi kejohanan mula diperkenalkan pada tahun 1993 dan Perancis selaku pasukan pertama menjulang trofi tersebut. Sehingga tahun 2015, trofi berkenaan digantikan dengan rekaan dan pembuatan baharu oleh pakar pertukangan perak, Thomas Lyte. Trofi baharu ini direka khusus untuk menggantikan trofi lama yang mewakili lima negara sahaja. Ireland menjadi pasukan terakhir menjulang trofi lama, dan menjadi pasukan pertama menjulang trofi baharu pada tahun 2015.

JUARA PIALA DUNIA TERSUNGKUR

Ragbi Piala Dunia pada tahun 2003 menyaksikan England muncul selaku juara. Namun kemanisan kejayaan tersebut tidak kekal lama apabila England tewas kepada Ireland dan Perancis pada saingan di tahun 2004. Lebih memalukan apabila kekalahan itu dicatatkan selepas empat bulan bergelar juara Piala Dunia.

Kapten pasukan lelaki dan wanita bagi setiap pasukan negara bertanding dalam sesi pelancaran acara Six Nations di Timur London (Sumber: Laman Facebook rasmi England Rugby)

GRAND SLAM

Pasukan yang memenangi kesemua perlawanan dalam kempen Six Nations pada tahun tersebut akan meraih gelaran ‘Grand Slam’. Wales merupakan negara terbanyak meraih Grand Slam pada era Six Nations iaitu sebanyak empat kali (2005, 2008, 2012, 2019) manakala Perancis tiga kali (2002, 2004, 2010) Ireland pula sebanyak dua kali (2009, 2018) dan England juga dua kali (2003, 2016).

ENGLAND RANKING TERTINGGI DUNIA

Pada kedudukan yang dikeluarkan oleh World Rugby (dikemaskini 2 Disember 2019) England berada di tangga ketiga dunia sekaligus selaku pendahulu dalam pasukan yang menyertai Six Nations bagi tahun 2020. Mengekori rapat ialah Wales di ranking keempat, Ireland di tangga kelima dunia, Perancis di tangga ketujuh, Scotland tangga ke sembilan dan Itali di tangga ke-12 dunia.

Namun ranking bukanlah kayu pengukur kejayaan sesebuah pasukan. Debaran semakin terasa menjelang 1 Februari nanti. Pasukan manakah yang mampu mencipta rekod Grand Slam? Mampukah Wales mencipta sejarah 2019 atau England kembali bangkit setelah mengharungi kekecewaan di Jepun? Sama-sama kita ikuti perkembangan berikutnya di Six Nations Championship 2020.

Demikian antara fakta-fakta menarik yang dibawakan khas untuk follower Ragbi.MY. Kami akan bawakan fakta-fakta menarik untuk dikongsikan bersama selain liputan terbaik kejohanan-kejohanan serta perkembangan terkini dunia ragbi tanahair.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: