RAPID RUGBY MENYAKSIKAN PERLAWANAN WESTERN FORCE VS MALAYSIA VALKE SEBAGAI PEMBUKA TIRAI

Siri kejohanan antarabangsa Global Rapid Rugby bakal membuka tirainya hari ini apabila pasukan Western Force kendalian Andrew Forrest akan berhadapan dengan pasukan Afrika Selatan yang diberi nama Malaysia Valke.

Hairan, bagaimana pasukan dari Afrika Selatan, yang bukannya dekat dengan Malaysia ini membawa nama Malaysia sebagai pengenalan pasukannya?

Sebelum kami menerangkan lebih lanjut lagi tentang pasukan Malaysia Valke, terlebih dahulu izinkan kami membuka madah pujangga dengan memperkenalkan apa itu Global Rapid Rugby.

Berbeza dengan ragbi tradisional iaitu Union dan League Rugby, Rapid Rugby merupakan evolusi terbaru ragbi yang dimainkan dalam masa 70 minit (bukan 80 minit seperti union), masa terhad untuk scrum (1 minit) dan line-out (45 saat), serta pengenalan power try yang membawa 9 mata kepada pasukan.

Dengan pengenalan rolling sub (Alhamdulillah tidaklah letih sangat nanti) dan mata bonus bagi pasukan yang mendapat lebih dari 3 try dan tewas kurang dari 5 mata, Rapid Rugby menggunakan konsep franchise, contohnya Western Force.

Uniknya format pasukan ini, pasukan Falcoons Valke kendalian Rudy Joubert telah mengubah nama pasukan kepada Malaysia Valke dan turut menyenaraikan lima pemain negara;- Badrul Muktee, Marc Le, Anwarul Hafiz, Mohd Amirul Aqil dan Samuel Rentap sebagai antara ahli yang bakal membuka tirai 14 Mac 2020 ini menentang Western Force.

Berpeluang memenangi hadiah AS$1 juta di samping bermain secara timbal-balas, sudah tentu ketujuh-tujuh pasukan yang diketengahkan akan bertarung habis-habisan untuk memenangi kejohanan sulung ini.

Mengikuti jejak langkah beberapa pemain lain yang turut menempa nama di luar negara, diharapkan kerjasama ini akan membolehkan ramai pemain Malaysia terus mengharumkan nama negara, dan menjadikan Malaysia setanding Hong Kong dan Korea.

Get your first copy of Ragbi.MY Magazine right here! :- https://ragbi.my/shop/catalog/products

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: