KEPUTUSAN PALING SUKAR DALAM SEJARAH

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini memberi kesan buruk kepada industri sukan secara keseluruhan.

Rugby Australia dilaporkan mengambil langkah drastik dengan mengurangkan sehingga 75% tenaga kerja bagi tempoh tiga bulan demi memastikan kelangsungan badan tersebut.

Perlawanan antarabangsa terjejas akibat pandemik COVID-19 menyebabkan kesatuan ragbi seluruh dunia bakal berdepan kerugian jutaan dollar

Manakala Wales pula membuat pengurangan gaji sebanyak 25% dan kesatuan ragbi terkaya di dunia, England menjangkakan kerugian pendapatan sehingga 100 juta dollar bagi tempoh 18 bulan akan datang.

Dalam satu laporan media NZ Herald menyebut, Ketua Eksekutif New Zealand Rugby, Mark Robinson berkata, pihaknya berhadapan kerugian pendapatan dianggarkan bernilai 100 juta dollar serta terpaksa melaksanakan pemotongan gaji sehingga 40% dalam keseluruhan organisasi tersebut.

Robinson mengesahkan pemotongan itu melibatkan pengurusan pasukan All Blacks, jurulatih-jurulatih Super Rugby serta termasuk gaji beliau sendiri. Malah, bonus juga terkesan daripada langkah pengurangan kos itu, jelasnya lagi.

New Zealand Rugby menjangkakan pandemik COVID-19 membawa kerugian mencecah 100 juta dollar kepada industri sukan ragbi/ Photo by Stefan Lehner on Unsplash

Antara langkah lain yang diambil NZR ialah dengan membatalkan penganjuran Heartland Championship, National Sevens, Mitre 10 dan Farah Palmer Cup termasuk pembekuan bajet serta aktiviti-aktiviti lain.

Berbalik kepada Rugby Australia, Ketua Eksekutifnya Raelene Castle dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya sedang berbincang dengan Rugby Union Players’ Association (RUPA) bagi mendapatkan penyelesaian terbaik berkaitan pembayaran gaji pemain untuk jangka pendek selama tiga bulan sehingga 30 Jun.

Castle turut menyifatkan bahawa keputusan tersebut adalah “keputusan paling sukar dalam sejarah ragbi”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: