AGUSTIN PICHOT, BILL BEAUMONT BERENTAP TENTUKAN SIAPA LEBIH LAYAK KEMUDI WORLD RUGBY

Tumpuan peminat ragbi seluruh dunia kini terarah kepada proses undian untuk menentukan siapakah yang bakal menerajui badan induk World Rugby.

Pada ketika ini sedang berlangsung undian secara online melibatkan kesatuan-kesatuan ragbi seluruh dunia untuk memilih pengerusi World Rugby sama ada Agustin Pichot atau Bill Beaumont yang mempertahankan kedudukannya itu.

Agustin Pichot, bekas ketua pasukan Argentina bertanding merebut jawatan nombor satu menentang Bill Beaumont, 68, juga bekas ketua pasukan England dan British and Irish Lions selaku penyandang jawatan itu pada ketika ini.

Pertembungan dua zaman berbeza… Pichot (kiri) bertanding merebut jawatan pengerusi World Rugby daripada Sir Bill Beaumont (Sumber: Independent.ie)

Pichot, 45, memiliki pengalaman luas dalam skuad Pumas memegang jawatan timbalan pengerusi World Rugby sejak 2016 membuat keputusan mencabar kedudukan Beaumont bagi merealisasikan hasratnya untuk membawa badan induk itu ke peringkat lebih tinggi.

Media antarabangsa melaporkan, Pichot merancang untuk melaksanakan perubahan sepenuhnya dalam badan itu malah satu permainan video/komputer sukan ragbi bertaraf dunia akan dilancarkan sekiranya beliau berjaya dalam kempen ini.

Bagaimanapun, reputasi Beaumont tidak boleh dipandang sebelah mata. Beliau mendapat sokongan padu khususnya daripada kesatuan-kesatuan ragbi Eropah.

Pengundian kini bermula dan teka-teki siapakah bakal menjadi pemimpin nombor satu World Rugby bakal terjawab pada 12 Mei nanti.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: