SENARAI PEMAIN RAGBI TERKAYA DI DUNIA

Baru-baru ini WalesOnline menyenaraikan 15 pemain dengan pendapatan paling tinggi dalam sukan ragbi antarabangsa. Artikel tersebut turut dikongsikan oleh RugbyPass dengan ulasan tambahan mengenai pemain-pemain yang berada dalam senarai itu.

Ragbi.my mengambil kesempatan berkongsikan senarai tersebut bersama peminat setia dari Malaysia untuk sama-sama melihat bahawa sukan ragbi di peringkat antarabangsa mampu menjana pendapatan jutaan dollar setanding dengan bintang-bintang bola sepak, bola keranjang dan lain-lain sukan.

#1 HENDRY POLLARD & CHARLES PIUTAU (1 juta pound sterling)

Pemain Afrika Selatan Hendry Pollard dilaporkan sebagai pemain paling kaya selepas meninggalkan Bulls untuk menyertai kelab Perancis, Montpellier. Pemain muda berusia 26 tahun itu turut membawa statusnya sebagai antara pemain terbaik dunia sewaktu membantu Afrika Selatan memenangi RWC 2019.

Manakala Charles Piutau, bintang All Blacks yang bermain di bahagian wing serta full back mencipta sejarah di Britain sebagai pemain pertama menerima bayaran sehingga 1 juta pound sterling.

Piutau meninggalkan Ulster yang bermain di Guinness PRO14 untuk menyertai Bristol Bears dalam kempen di Gallagher Premiership.

#3 MARO ITOJE (875,000 pound sterling)

Pemain England ini dinobatkan sebagai lock terbaik di dunia dilaporkan telah menandatangani kontrak bernilai antara 750,000 pound – 1 juta pound tahun lepas. Itoje bersama dengan Saracens untuk meneruskan cabaran di English Premiership musin depan.

#4 OWEN FARREL (750,000 pund sterling)

Bermain untuk Saracens, bintang England ini turut tersenarai berikutan prestasinya yang konsisten serta berpengalaman luas.

Farrel… antara pemain terbaik di Eropah

#5 STEVEN LUATUA (650,000 pound sterling)

Mengambil langkah drastik apabila meninggalkan All Blacks demi mengejar tawaran lumayan oleh Bristol Bears di England tiga tahun lalu. Tindakan itu mengundang kemarahan Steve Hansen yang mengharapkan Luatua menggantikan Kieran Read sebagai No. 8 All Blacks.

#6 DAN BIGGAR (600,000 pound sterling)

Biggar mencipta rekod selaku pemain Wales paling tinggi bayarannya. Bermain untuk Northampton Saints, Biggar yang bermain di posisi outside-half sebelum itu bersama kelab Ospreys.

#7 NICHOLAS SANCHEZ & MORGAN PARRA (580,000 pound sterling)

Bintang antarabangsa Argentina ini (Sanchez) meninggalkan Jaguares yang bermain di Super Rugby dua tahun lalu untuk merebut tawaran lumayan oleh kelab Stade Francais di Paris.

Halfback berpengalaman bagi skuad Perancis, Parra terus ditagih khidmatnya oleh Clermont apabila ditawarkan penyambungan kontrak baru-baru ini.

#9 MICHAEL HOOPER (572,000 pound sterling)

Bersama dengan Waratahs sejak dari 2015, Hooper menandatangani kontrak lumayan bersama Rugby Australia selama lima tahun bermula 2018 lalu. Meskipun dikatakan mampu meraih pendapatan lebih tinggi di luar Australia, Hooper masih memilih untuk kekal bersama Waratahs.

Kapten Wallabies dan Waratahs ini menempatkan diri selaku antara pemain paling tinggi pendapatan dalam sukan ragbi (gambar: Laman web Walalbies)

#10 STUART HOGG & MANU TUILAGI (550,000 pound sterling)

Hogg merupakan pemain paling mahal di Scotland sewaktu bermain untuk kelab Glasgow Warriors namun dilaporkan menjana pendapatan tambahan 200,000 pound sterling apabila menyertai kelab Exeter Chief.

Tuilagi selaku pemain centre untuk England, sebelum ini dibelenggu kecederaan, namun tawaran bersama Leicester Tigers agak lumayan menjadikan beliau turut tersenarai sebagai antara pemain terkaya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: