5 PAGE WAJIB FOLLOW UNTUK PEMINAT TEGAR RAGBI

Khas untuk peminat tegar ragbi, kami bawakan kepada anda lima Facebook page berkaitan sukan kegemaran ramai ini untuk diikuti. Kelima-lima page ini mempunyai jumlah follower yang ramai serta mempunyai kandungan hebat serta berinformasi.

Page yang dibawakan ini tidak dimiliki oleh kesatuan/badan ragbi negara-negara lain sebaliknya diwujudkan oleh penggiat ragbi mahupun syarikat media berkaitan sukan.

RUGBY ONSLAUGHT

Page ini mempunyai follower seramai 132 ribu pengguna Facebook dari seluruh dunia. Banyak informasi terkini ragbi, fakta-fakta menarik serta sindiran-sindiran pedas buat kesatuan-kesatuan antarabangsa. Juga membawakan video-video menarik dalam setiap perlawanan lampau.

Peminat juga mengikuti berita-berita menarik disiarkan di laman portal Rugby Onslaught.

RUGBY 7s MAGAZINE

Seterusnya kami bawakan sebuah page yang semakin berkembang pesat dengan peningkatan follower khususnya peminat ragbi 7’s. Page ini membawakan perkembangan terkini kejohanan-kejohanan peringkat kelab, sekolah dan komuniti kebanyakannya di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini kandungannya dipelbagaikan dengan kompilasi video menarik dan viral mengenai pemain-pemain ragbi amatur dan profesional seluruh dunia.

SA RUGBY MAGAZINE

Page ini adalah platform media sosial bagi laman web sarugbymag.co.za, sebuah portal yang menumpukan berita-berita Springboks, Super Rugby, British & Irish Lions serta liga-liga ragbi antarabangsa lain.

Selain berita-berita terkini, page dan laman web ini juga membawakan pendapat umum mengenai sesuatu isu dalam sukan ragbi. Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan ragbi melibatkan Jepun, Australia, New Zealand, Argentina serta Afrika Selatan, page ini sangat sesuai untuk anda.

RUGBYPASS

Antara laman page dan portal paling diikuti oleh peminat ragbi global. Page Rugbypass kini diikuti oleh 217,000 pemilik akaun FB menjadikannya antara page berpengaruh. Laman web RugbyPass juga menghidangkan berita-berita terkini dan menjadi rujukan peminat ragbi.

Mempunyai kandungan yang pelbagai meliputi video, analisis perlawanan, temubual pemain dan jurulatih serta jangkaan pasukan dan perlawanan akan datang membuatkan page dan portal RugbyPass sentiasa diikuti.

RAGBI.MY

Dibawakan khas buat penggiat ragbi tanahair, Ragbi.my mencipta sejarah sebagai majalah ragbi pertama di Malaysia. Laman page Ragbi.my kini diikuti oleh seramai 17,000 pengguna Facebook .

Kepelbagaian laporan berita, artikel, video serta kompilasi gambar-gambar menarik sejarah ragbi negara dibawakan melalui page ini yang semakin mendapat perhatian ramai saban hari.

Selain laman page Facebook, Ragbi.my mempunyai portal web serta majalah yang didatangkan dalam edisi digital dan bercetak.

Tahukah anda bahawa majalah edisi digital Ragbi.my kini boleh didapati untuk 12 keluaran pada harga RM50.00 sahaja. Rebut peluang keemasan ini untuk mendapatkan bahan bacaan khususnya dalam sukan ragbi tempatan dan antarabangsa. Selain itu, anda juga boleh melanggan edisi bercetak untuk 6 keluaran atau 12 keluaran dengan penjimatan hebat.

Klik di sini untuk melanggan majalah Ragbi.my

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: