PENGANJURAN PERLAWANAN SECARA TERTUTUP – WORLD RUGBY

Komuniti ragbi antarabangsa baru-baru ini memperkatakan garis panduan oleh World Rugby dalam langkah memulakan kembali aktiviti sukan itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

World Rugby dalam kenyataannya menjelaskan, garis panduan itu dikeluarkan bagi membantu mana-mana kesatuan atau kejohanan untuk menyambung semula permainan namun ianya tertakluk kepada undang-undang serta peraturan yang berkuatkuasa di negara masing-masing.

Pengerusi World Rugby, Sir Bill Beaumont berkata, “Semua orang merindui sukan yang kita cintai ini, meskipun tidak dapat berlatih atau bermain, arahan oleh kerajaan dan pihak berkuasa masing-masing harus dipatuhi,” katanya.

Manakala Ketua Pegawai Perubatan World Rugby, Dr. Eanna Falvey pula berkata, “Kami telah bekerjasama dengan semua pihak meliputi kesatuan, wilayah, pertandingan serta pemain bagi mewujudkan garis panduan yang mematuhi kehendak WHO dalam konteks ragbi,” jelasnya.

Garis panduan tersebut diterbitkan dengan kerjasama Dr. Falvey, Dr. Martin Raftery (World Rugby), Prav Mathema (Welsh Rugby Union) dan Prof Mary Horgan (Pakar Perunding Penyakit Berjangkit).

Garis panduan tersebut menyentuh kesemua aspek penting bagi membendung penularan serta menjamin keselamatan semua pihak terlibat.

Kandungan penuh garis panduan boleh diakses melalui pautan ini: https://playerwelfare.worldrugby.org/covid-19

Paling menarik, sesuatu kejohanan atau perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung secara tertutup dan tanpa kehadiran penonton. Jumlah maksimum individu terlibat hanyalah seramai 174 orang sahaja termasuk pemain, pegawai perlawanan, petugas perubatan dan kecemasan serta lain-lain lagi.

Secara ringkas, inilah bilangan individu terlibat dalam sesuatu perlawanan (15’s). Pecahan bilangan individu serta peranan yang dikeluarkan oleh World Rugby:

Home team players: 15

Visiting team players: 15

Home team substitutes and bench support: 11

Visiting team substitutes and bench support: 11

Home team travelling reserves: 3

Visiting team travelling reserves: 3

Home team roving doctor: 1

Visiting team roving doctor: 1

Home team roving physiotherapist: 1

Visiting team roving physiotherapist: 1

Home team technical box (water carriers): 2

Visiting team technical box (water carriers): 2

Home team coaches box: 5

Visiting team coaches box: 5

Match day doctor: 1

Immediate care lead: 1

Medical room video viewer: 1

Paramedics: 6

Other medical specialists: 2

Medical room video operator: 1

Security guards: 4

Referee: 1

Assistant referee: 2

Side-line referees, time keeper, statistics and communications: 7

Television match official: 1

Citing commissioner: 1

Ball team and ball team supervisor: 7

Match manager: 1

Match director: 1

Administration: 10

Broadcaster pitch-side crew (cameramen, line runners & floor manager): 20

Commentators: 6

Outside broadcasting van: 15

Stadium operations: 8

Big screen and PA announcer: 2

Jumlah: 174 orang

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: