THE MUSKETEERS PUTRAJAYA PLATFORM KECEMERLANGAN RAGBI AKAR UMBI

Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai pelbagai fasiliti sukan yang lengkap serta bakal muncul sebagai hab pembangunan ragbi negara.

Ragbi.my meninjau perkembangan ragbi di Putrajaya dengan menampilkan sebuah kelab yang sedang mencipta nama dan menyumbang kepada pembangunan bakat baru khususnya di peringkat akar umbi.

The Musketeers Putrajaya diasaskan oleh Mohd Nasir Zakaria dengan matlamat untuk memberi pendedahan dan peluang kepada generasi muda mengenali sukan ragbi seterusnya melahirkan barisan pemain pelapis negara.

“Penubuhan The Musketeers ialah pada tahun 2015, namun ianya telah diilhamkan sejak tahun 2012 lagi dengan tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak di bangku sekolah untuk mengenali ragbi sejak dari usia muda,” jelas Nasir.

“Berkat sokongan semua pihak, kelab The Musketeers melangkah lebih jauh apabila berjaya didaftarkan dengan ROS pada tahun 2016,” tambahnya lagi.

Kelab The Musketeers sentiasa komited dalam membangunkan sukan ragbi di peringkat akar umbi

Sejak itu The Musketeers tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan usaha mempromosikan sukan ragbi peringkat akar umbi melalui kerjasama ibu bapa secara langsung.

“Jika dilihat dengan mendalam, sukan ragbi itu sendiri mempunyai banyak nilai yang boleh diterapkan ke dalam diri anak-anak seperti kerjasama, toleransi, semangat setiakawan, disiplin serta membentuk keyakinan diri,”

Mohd Nasir

Pada ketika ini The Musketeers dilatih oleh tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman luas dalam sukan ragbi iaitu Rahman Wahab dan Ahmad Farid Hashim di Selangor, Mohd Nasir sendiri di Putrajaya, Mohd Faiz Ibrahim di Kuala Lumpur dan Azwanulkhair di Perak.

The Musketeers mempunyai platform untuk pelbagai peringkat umur bagi menyesuaikan tahap penguasaan melalui beberapa kategori yang dibentuk seperti Fun (3-4 tahun), Mini (5-9 tahun), Junior (10-12 tahun) dan Youth (13-20 tahun).

Pembentukan bakat melalui penyertaan dalam kejohanan tempatan dan antarabangsa menjadi kunci utama pembangunan The Musketeers

Tambah menarik, kelab ini juga mempunyai pasukan lelaki (Mens) sendiri iaitu Musketeers Herriot Watt (HW) Silverbacks yang semakin menempah nama dalam kejohanan-kejohanan tempatan.

Musketeers Herriot Watt Silverbacks antara pasukan semakin dikenali ramai

Menurut Nasir, The Musketeers kini mempunyai keahlian 150 orang pemain pelbagai peringkat umur manakala keahlian ibu bapa mencecah 100 orang yang menyumbang tenaga selaku pembantu jurulatih, penyokong serta lain-lain kepakaran.

“Penerapan nilai kekeluargaan adalah keutamaan The Musketeers dan saya sangat berterima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyalurkan bantuan, maklum balas serta kepakaran demi melihat kejayaan kelab serta melahirkan pemain berbakat,” kata Nasir lagi.

Elemen kesukarelawanan merupakan idea yang diambil daripada negara maju di mana penyertaan ibu bapa sebagai sukarelawan menambahkan lagi semangat pemain untuk kekal aktif.

“Walaupun daripada dari latar belakang yang berbeza namun ini bukan halangan untuk  menyemai semangat kesukanan dan “mutual respect” di kalangan peserta,” jelas Nasir.


The Musketeers yang berpusat di Precint 8 Putrajaya mengadakan sesi latihan pada setiap hari Ahad bermula jam 7.30 pagi hingga 10.30 pagi di padang awam Ayer 8.

Menyentuh pencapaian dan penglibatan The Musketeers, Nasir menjelaskan bahawa kelabnya aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan dan luar negara seperti Singapura.

Ringkasan penyertaan dan pencapaian The Musketeers bagi tahun 2019/2020 adalah seperti berikut:

  • Boys Youth Team – U19 Affiliate 7’s/ 2019 Putrajaya Ragbi 7’s
  • Ladies Youth Team – Champion U20 – 2019 (Open Ladies Touch Rugby)
  • Boys Junior U10 – Tempat ketiga Cup Piala YDP MPAJ 2019
  • Boys Junior U12 – JOHAN BOWL Balakong 7’s Killerbees Open
  • Girls U12 – Johan Shield Shah Alam 7’s Girls Touch Rugby
  • Champion U19 – 2020 Kolej Matrikulasi Banting Open Selangor
  • COBRA Mini Carnival Tournament 2020 – U6, U7, U10 boys

Pencapaian Pasukan Lelaki – The Musketeers HW Silverbacks

  • Memenangi kesemua perlawanan persahabatan antara universiti seperti Nottingham, IUMW, UniKL, MMU dan CUCMS
  • Naib Johan Kejohanan KUTPM 10’s
  • Penyertaan dalam Liga Putrajaya 2020
  • Perlawanan persahabatan bertemu KL Tigers
  • Menang 16 perlawanan daripada 21 perlawanan dari September 2019 hingga Mac 2020
Pasukan Youth Musketeers turut beraksi cemerlang dalam saingan kejohanan tempatan
Penyertaan The Musketeers dalam satu kejohanan di Singapura


The Musketeers sangat mengalu-alukan penglibatan semua pihak dalam memacu kecemerlangan ragbi peringkat akar umbi selaras dengan objektif penubuhan kelab tersebut.

Justeru, mana-mana pihak yang ingin menghubungi kelab The Musketeers boleh menghubungi pengurusan kanan kelab untuk maklumat lanjut.

  • Mohd Nasir Zakaria (Chairman) 019-381 3634
  • Mohd Firdaus (Secretary)
  • Abd Rahman Wahab (Treasurer)
  • Muhammad Faiz Ibrahim (Sports Director)
  • Wan Mohd Hadafi (Mini & Junior Rugby Director)
  • Khairul Syahmi (Youth Rugby Director)
  • Muhammad Akid (Mens Team Director – Hw Silverbacks)
  • Hanita Abd Hamid (Ladies Director)

Anda juga boleh melayari laman Facebook page The Muskeeters melalui pautan ini: https://www.facebook.com/musketrugby/

atau laman web rasmi The Musketeers:

https://www.pitchero.com/clubs/musketeersmalaysia

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: