WAJARKAH HAD GAJI KELAB PREMIERSHIP RUGBY DITETAPKAN SEMULA?

SkySports News melaporkan kelab-kelab Premiership Rugby di England telah bersetuju untuk mengurangkan had gaji bagi setiap kelab dari £ 7 juta menjadi £ 6 juta untuk kempen 2021/22.

Had gaji ini telah dikaji dan langkah ini diambil untuk mengurangkan tekanan kewangan terhadap kelab kelab berikutan wabak Covid19 yang sedang melanda. Krisis ini juga sedikit sebanyak telah mendedahkan kelemahan dan kerapuhan model kewangan Premiership Rugby.

Menurut laporan baru-baru ini yang dikeluarkan oleh Lord Myners berkenaan dengan skandal gaji kelab ragbi Saracens, hampir keseluruhan kelab Premiership Rugby telah mengalami kerugian berjumlah £ 89 juta untuk tempoh dua musim kebelakangan ini. Hanya kelab ragbi Exeter sahaja yang berjaya memperoleh keuntungan pada musim lalu.

Perlukah Gaji Pemain Dipotong?

Pemain pemain Premiership Rugby telah mengambil langkah drastik untuk menerima potongan gaji sebanyak 25% daripada gaji asal mereka disebabkan oleh wabak Covid19 dan berkemungkinan besar perkara yang sama akan berlaku kepada mereka jika had gaji baru ini ditetapkan.

Status kontrak para pemain akan terus dilindungi tetapi kesan daripada penetapan had gaji maksimum ini akan memberikan impak jangka panjang kepada Premiership Rugby kerana had ketetapan gaji maksimum ini hanya akan hanya mula dikuatkuasakan pada Julai 2021.

Kesan penetapan had gaji baru ini secara tidak langsung akan menyebabkan pemain pemain berprofil tinggi akan mencari destinasi baru mencari kelab-kelab yang akan memberikan bayaran yang lebih tinggi kepada mereka kerana ragbi adalah periuk nasi mereka.

Kebarangkalian besar Liga Jepun akan menjadi destinasi pilihan para pemain seperti George Kruis (England, lock) dan Hadleigh Parks (Wales, Center) yang akan bermain di sana pada musim hadapan.

Akan tetapi harga yang tinggi harus dibayar oleh pemain-pemain yang ingin berhijrah ke luar negara di mana syarat utama untuk mereka dipanggil mewakili England adalah perlu bermain di liga ragbi tempatan iaitu Premiership Rugby.


Kelab yang sering berbelanja besar seperti Saracens dan Bristol akan mengalami kesulitan untuk mengekalkan pemain pemain bintang mereka yang menerima gaji lumayan seperti Owen Farrell, Maro Itoje, Jamie George, Elliot Daly dan adik beradik Vunipola dan dalam pada masa yang sama kelab mestilah mematuhi ketetapan baharu had gaji maksimum kelab.

Kelab mungkin terpaksa memilih untuk melepaskan mereka bagi mematuhi peraturan baru tersebut dan pada masa yang sama ini juga akan menyebabkan kelab-kelab dari England sukar bersaing di peringkat kejohan kelab Eropah.


Skim ‘Marquee Player

Umum mengetahui bahawa skim ini adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada kelab untuk menandatangani dua orang pemain bintang dengan gaji yang tidak akan dikira di dalam jumlah had maksimum gaji bagi sesebuah kelab.

Laporan Lord Myners mengatakan bahawa skim ini adalah punca sebenar kepada perubahan struktur gaji secara besar besaran terhadap kelab-kelab di England semenjak tahun 2013 dan menyebabkan kelab berberlanja tanpa berfikir panjang.

Skim ini masih lagi diteruskan oleh Premiership Rugby adalah bertujuan untuk memberikan ruang kepada kelab yang mempunyai modal dan dana yang besar untuk menambah baik prestasi kelab dan pencapaian mereka.

Akan tetapi ia telah disalahgunakan oleh Kelab Saracens sehingga mencetuskan kepada timbulnya skandal kewangan yang telah menggegarkan arena ragbi di England.

Langgan majalah Ragbi.my serta edisi digital pada harga terhebat untuk mengikuti pelbagai perkembangan terkini tempatan dan antarabangsa

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: