SANG HARIMAU MALAYA BELASAH ‘MAT SALLEH’ EDISI TERKINI RAGBI.MY PAPAR SKUAD MRU 80-AN

Khas untuk peminat ragbi tanahair, edisi terbaru Ragbi.my membawakan kisah perjuangan Skuad MRU pada zaman 80-an yang tidak diketahui ramai.

Tahukah anda bahawa skuad negara sangat digeruni lawan hinggakan mampu menandingi kehebatan kuasa-kuasa besar ragbi di Asia.

Buat pertama kalinya, Ragbi.my menghimpunkan wira-wira ragbi tanahair untuk mendapatkan gambaran sebenar serta kisah hidup mereka yang mengorbankan zaman remaja mereka demi kebanggaan negara tercinta.

Kembali ke era 80-an, ikuti cerita Rod, Boon dan Ali tentang kehebatan skuad Malaysia dan apa rahsia mereka hinggakan pasukan lawan khususnya ‘mat salleh’ begitu gerun apabila bertemu skuad Harimau Malaya ini.

Muka depan edisi terkini Ragbi.my dengan penampilan istimewa Rod dan Boon
Klik sini untuk baca versi digital

Edisi kali ini juga menampilkan Marc Le, menyingkap pembabitannya dalam sukan ragbi hinggakan beliau muncul sebagai bintang antarabangsa.

Tidak ketinggalan segmen Leman Nak Habaq, seperti biasa mengupas isu sensasi. Kali ini Leman membawakan isu “Kontrak Oh Kontrak” yang hangat diperkatakan netizen baru-baru ini.

Manakala segmen Ragbi Sisters, dua bintang yang sedang meningkat naik, Raja Juniza dan Nurulizati daripada PDRM menceritakan pengalaman mereka menceburi ragbi.

Segmen #Hardcore pula membawakan secara eksklusif fenomena ‘Gila Jersi’ hinggakan RM50,000 dilaburkan untuk membeli jersi! Memang tak masuk akal, namun kami berjaya ‘menghidu’ ketaksuban ini dan dibawakan khas untuk semua.

Antara kandungan menarik edisi terkini Ragbi.my

Selain kisah-kisah yang ditampilkan, ikuti juga kolumn tetap dengan penampilan Coach Naha dan Capo Rod serta Dr Ragbi yang membicarakan isu-isu semasa ragbi negara.

Bagi kelab dan pasukan akar umbi, jangan lupa untuk dapatkan edisi terkini majalah ragbi pertama di Malaysia ini untuk melihat adakah pasukan anda muncul dalam terbitan kali ini.

Edisi terkini (majalah versi digital) kini sedia dilanggan dengan harga istimewa RM50.00 untuk 12 keluaran manakala versi bercetak bakal menemui pembaca setia minggu hadapan.

Majalah ragbi pertama di Malaysia, kini lebih padat, lebih menarik dan pastinya menjadi rebutan ‘collectors’ yang ingin membuat koleksi bahan bacaan berharga ini.

Klik di sini untuk mendapatkan edisi terkini Ragbi.my : https://ragbi.my/ragbi-my-shop/

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: