MARC LE & DUGRO KONGSI PERJALANAN KARIER RAGBI PROFESIONAL

Segmen bual bicara Sembang Kopi-O Panas terus membawakan topik menarik untuk peminat ragbi tanahair mengikuti perkembangan semasa.

Kali ini Ragbi.My dengan penaja Carisbrook berganding bahu membawakan secara eksklusif dua pemain ragbi yang tidak asing lagi iaitu Marc Le dan Dinesvaran Krishnan atau lebih dikenali dengan nama Dugro.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ragbi.My, Mohd Mazuri Sallehudin berkata, penampilan dua pemain ikon ini bertepatan dengan hasrat untuk mendorong pemain-pemain muda tempatan mengikuti jejak langkah Marc dan Dugro bermain secara profesional.

“Sebagai majalah ragbi pertama di Malaysia, kami mahu terus menjadi platform utama dalam membawakan perkembangan terkini dunia ragbi tanahair mahupun antarabangsa,”

Mazuri

Katanya lagi, segmen Kopi-O Panas kini semakin mendapat tempat di hati penggiat ragbi di Malaysia untuk sama-sama berinteraksi dengan tetamu yang dibawakan khas.

“Kali ini kita bawakan Marc dan Dugro agar peminat ragbi tanahair dapat mendengar sendiri perkongsian daripada mereka, bagaimana mereka bermula, cabaran dihadapi serta pelbagai lagi topik perbincangan menarik bersama kedua pemain tersebut,” ujarnya.

Justeru Mazuri mengajak semua peminat ragbi tempatan untuk menyaksikan siaran langsung yang akan disiarkan di laman page Facebook Ragbi.My tepat pada jam 9.00 malam, 8 Julai (Rabu).

Poster program Sembang Kopi-O Panas menampilkan dua pemain yang tidak asing lagi

Tambah menarik, segmen minggu ini turut ditaja oleh Carisbrook dengan penawaran hadiah-hadiah istimewa kepada penonton bertuah.

“Selain bual bicara, penonton juga boleh berinteraksi dengan Marc dan Dugro, malah turut berpeluang memenangi hadiah yang ditaja oleh Carisbrook,” tambah Mazuri.

Carisbrook selaku penaja segmen Sembang Kopi-O Panas pada 8 Julai nanti

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: