NIK SAFUAN DIRIKAN RUMAH TANGGA BERSAMA PILIHAN HATI

Ketua Jurulatih pasukan ragbi 7’s wanita negara, Nik Safuan Ismade Nik Man selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya pada 11 Julai lepas dalam satu majlis yang berlangsung di Seri Kembangan, Selangor.

Nik bersama pasangannya, Nur Bibi Bregitta Wong Abdullah diraikan oleh ahli keluarga dan kenalan termasuklah rakan-rakan daripada pasukan COBRA, Bandaraya Dragons serta pengurusan dan pemain-pemain skuad wanita negara turut hadir ke majlis itu.

Nik Ismade bersama isterinya Nur Bibi Bregitta

Nik yang sempat ditemui pada majlis itu menjelaskan, meskipun kini bergelar seorang suami, tugas dan tanggungjawabnya terhadap pasukan wanita negara tetap menjadi tumpuan lebih-lebih lagi persediaan Sukan Asia 2026 telahpun bermula.

Pada ketika ini, skuad wanita 7’s telah melaporkan diri di Majlis Sukan Negara untuk mengikuti program latihan dan sasaran kedudukan lima terbaik pada temasya yang akan berlangsung di Nagoya Jepun nanti.

Nik sebelum ini telah membawa skuad wanita 7’s merangkul pingat gangsa pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, meraih juara di Asia Challenge Trophy 2018 dan mempertahankan pingat gangsa di Sukan SEA Manila 2019.

Bagi seluruh warga kerja Ragbi.My, kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Nik dan pasangannya. Didoakan agar rumah tangga yang dibina akan berkekalan selamanya dan Nik akan terus memimpin kecemerlangan pasukan wanita 7’s negara.

Nak dapatkan majalah edisi terkini Ragbi.My? Klik pautan ini untuk pembelian terus. https://ragbi.my/ragbi-my-shop/

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: