SEMBANG KOPI-O PANAS BONGKAR REALITI PENGADIL DI MALAYSIA

Sembang Kopi-O Panas semakin mendapat sambutan saban minggu siarannya di laman page Facebook Ragbi.My.

Minggu ini (15 Julai) program bual bicara itu akan mengupas isu dan perkembangan terkini dunia kepengadilan khususnya di Malaysia dengan menampilkan dua tokoh pengadil berpengalaman iaitu Kol. (PA) Prof Madya Dr Mohamad Nizam Nazarudin dan Sansudin Saleh.

Forum bertajuk “Referee Kayu! Realiti dan Cabaran Dunia Kepengadilan” itu akan menyaksikan kedua-dua panel jemputan berkongsi pengalaman mengadili perlawanan tempatan dan antarabangsa.

Poster Sembang Kopi-O Panas minggu ini (15 Julai)

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ragbi.My, Mohd Mazuri Sallehudin berkata, Sembang Kopi-O Panas kini semakin mendapat tempat di hati peminat ragbi tempatan untuk mengetahui serta mendengar sendiri ulasan daripada panel jemputan terhadap isu dibawakan pada minggu tersebut.

“Kali ini pengadil pula dibawa bersama dalam segmen Kopi-O Panas. Kalau sebelum ini melibatkan pemain, jurulatih dan juga akademi ragbi, tapi kali ini pengadil pula akan berinteraksi bersama peminat tanahair,” kata Mazuri.

Menurutnya lagi, Ragbi.My terus komited untuk muncul sebagai sebuah platform utama menghimpunkan kesemua elemen dalam sukan ragbi, bukan hanya pemain dan kelab atau pasukan semata-mata.

“Melalui program sebegini, peminat akan lebih memahami sukan ragbi secara menyeluruh dan mendalami perkembangan terkini dalam dunia kepengadilan yang semakin mencabar dari masa ke semasa,” ujar Mazuri.

Manakala penonton pula boleh berinteraksi dengan panel melalui soalan-soalan yang dikemukakan semasa program berlangsung.

Sementara itu, Strike Rugby Gear selaku penaja bagi segmen minggu ini dengan hadiah istimewa bakal menjadi milik pemenang bertuah melalui kuiz yang akan diumumkan semasa program berlangsung.

Strike Rugby Gear selaku penaja minggu ini

Justeru, peminat ragbi tempatan dipelawa mengikuti siaran langsung ini pada jam 9.00 malam di laman page Facebook Ragbi.my.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: