UWA RC TERUSKAN RENTAK KEMENANGAN

Pasukan University of Western Australia Rugby Club (UWA RC) mencatat kemenangan pada pusingan ketiga liga Fortescue Premier Grade semalam, sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah.

UWA RC yang dibarisi bintang ragbi negara, Lawrence Petrus mengenepikan cabaran Coastal Cavaliers yang bertandang ke McGillvray dengan mata 31-21.

Post di laman Facebook page UWA Rugby Club

Ragbi.My menghubungi Lawrence di Perth untuk mendapatkan komen serta pandangan beliau terhadap perlawanan tersebut.

Menurut Lawrence, pasukannya bermain dengan baik meskipun berdepan tentangan hebat daripada pasukan lawan yang mahu memadamkan rekod cemerlang UWA RC di laman sendiri,

“Perlawanan kali ini memerlukan daya ketahanan yang tinggi bagi menyerap setiap serangan mereka yang benar-benar inginkan kemenangan,” jelas Lawrence.

“Dari segi fizikal, pemain Coastal Cavaliers memiliki tubuh badan yang lebih besar namun itu tidak mematahkan semangat kami untuk bermain mengikut game plan disediakan jurulatih,” katanya lagi.

Pada perlawanan tersebut, Lawrence yang bermain di posisi prop telah melakukan beberapa ‘assist’ untuk rakan sepasukan mencipta try serta melebarkan jurang perbezaan mata.

UWA RC yang dibimbing oleh Alex Staijka selaku Ketua Jurulatih bakal bertemu pasukan Southern Lions pada 25 Julai nanti.

Ragbi.My akan terus membawakan perkembangan terkini Lawrence dan pasukannya UWA RC khusus untuk peminat ragbi tanahair dari masa ke semasa.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: