RAGBI.MY VIRTUAL RUN 2020 BUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT

Buat julung kalinya di Malaysia, satu acara larian maya (virtual run) bertemakan sukan ragbi dianjurkan oleh Ragbi.My – majalah ragbi pertama di negara ini.

Acara larian maya tersebut diadakan dalam tiga kategori iaitu 5KM, 10KM dan 15KM yang ketika ini berlangsung dari bulan Ogos hingga Oktober 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ragbi.My, Bob Faizeli Mohamed Din berkata, idea penganjuran larian maya menggunakan tema ragbi itu timbul berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menghadkan penglibatan aktiviti sukan secara berkumpulan.

“Pada ketika ini kejohanan ragbi tidak dapat dianjurkan akibat pandemik COVID-19, namun kami memikirkan cara lain bagi memastikan komuniti ragbi mempunyai aktiviti dan gaya hidup sihat, maka lahirlah idea larian maya ini,” katanya.

Jelasnya lagi, acara larian yang dianjurkan bertujuan membudayakan gaya hidup aktif di samping mempromosikan sukan ragbi daripada sudut kecergasan.

Penyertaan Ragbi.My Virtual Run 2020 adalah terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan setiap peserta yang menamatkan larian mengikut kategori masing-masing akan menerima t-shirt keluaran khas oleh Carisbrook Malaysia serta pingat.

Bagi kategori 5KM, penyertaan kini dibuka sehingga 31 Ogos, kategori 10KM dibuka pada 1 September dan kategori 15KM pada 1 Oktober nanti.

Isse, Puteh & Piyan turut bersama menjayakan kempen Ragbi.My Virtual Run 2020 dengan mempromosikan gaya hidup aktif kepada rakyat Malaysia

Walau bagaimanapun, peserta yang ingin mendaftar untuk ketiga-tiga kategori boleh melakukannya pada ketika ini dengan kadar yuran yang lebih istimewa.

Carisbrook Malaysia selaku rakan kolaborasi Ragbi.My turut memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia terlibat dalam program sebegini serta menyokong pembangunan sukan ragbi tanahair.

Liputan berita oleh RTM

Penganjuran acara larian itu juga mendapat sokongan daripada badan induk Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Hadir sama pada sidang media bertempat di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini ialah Mohd Fahmy Abd Jalil, Timbalan Presiden MR merangkap Pengarah Pertandingan MR, Haji Razuki A. Rahim, Timbalan Pengarah di Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mohd Amie Imran Hj Rasikon, CEO Carisbrook Malaysia.

Mohd Fahmy (kanan) dan Haji Razuki (tengah) sewaktu menyaksikan pelancaran baju keluaran khas oleh Carisbrook Malaysia sempena penganjuran Ragbi.My Virtual Run 2020 di MSN, Bukit Jalil hari ini

Selaku penganjur, Ragbi.My serta rakan kolaborasi Carisbrook Malaysia mensasarkan penyertaan seramai 20,000 orang peserta dari seluruh negara.

Untuk menyertai Ragbi.My Virtual Run 2020, klik pada link di bawah:

https://www.racexasia.com/event/ragbi-my-virtual-run-2020-ragb20

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: