UWA TERUSKAN SAINGAN PUSINGAN KE-8

Meskipun tewas pada perlawanan minggu lepas menentang Palmyra Rugby Union Club, University of Western Australia (UWA) tetap akan meneruskan perjuangan apabila berhadapan dengan Associates RC dalam saingan pusingan ke-8 RugbyWA FMG 2020 Premier Grade.

Perlawanan ini bakal menjadi tumpuan kerana Associates turut berada di tangga kedua liga tidak akan memberi laluan mudah kepada UWA yang beraksi di laman sendiri.

Laman page NZB Sports Malaysia turut menyiarkan hebahan perlawanan UWA bertemu Associates pada hari ini jam 3.30 petang waktu Malaysia

Bintang negara, Lawrence Petrus yang kini mengumpul dua try peribadinya mempunyai misi tersendiri untuk memastikan keputusan berpihak kepada UWA.

Ketika dihubungi, Lawrence menyifatkan perlawanan kali ini bakal berlangsung hebat dengan pasukan masing-masing mempunyai perancangan sendiri di atas padang.

Try peribadi kedua Lawrence sewaktu menentang Palmyra pada perlawanan pusingan ketujuh minggu lepas.
(Sumber: Khairul Syazwan Azahar)

“We have nothing to lose, everything to gain. Jadi harapan saya ialah untuk memberi persembahan terbaik, bekerja keras, motivasikan rakan sepasukan dan fokus terhadap peranan yang diberikan,” ujar Lawrence.

Terdahulu, UWA mengalami kekalahan kepada Palmyra (38-17) pada pusingan ketujuh minggu lepas.

Meskipun Lawrence berjaya menyumbang satu try kepada UWA, namun mata tersebut tidak mampu memberi kemenangan buat pasukannya yang beraksi dengan 14 pemain apabila Brad Howes dilayangkan kad merah di separuh masa kedua.

Namun pada hari ini, peminat ragbi tanahair berpeluang menyaksikan Lawrence dan pasukannya beraksi secara LIVE yang disiarkan di laman Youtube Rugby WA pada petang ini jam 3.30 petang waktu Malaysia.

Hebahan dan link untuk mengikuti perlawanan secara LIVE hari ini di laman Youtube Rugby WA

Buat Lawrence, doa kami sentiasa bersama anda untuk terus mengharumkan nama negara dalam sukan ragbi ke persada antarabangsa. GO LAWRENCE GO!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: