RAGBI.MY JALIN KERJASAMA DENGAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

SEREMBAN, 27 OGOS – Ragbi.My, majalah ragbi pertama negara telah menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sembilan dalam usaha membantu merancakkan lagi pembangunan akar umbi sukan ragbi di negeri ini.

Jalinan kerjasama berkenaan menerusi sumbangan berbentuk langganan majalah Ragbi.My oleh Kerajaan Negeri membolehkan sekolah-sekolah khususnya yang mempunyai pasukan ragbi mendapat bahan rujukan serta bacaan (majalah Ragbi.My) untuk dimanfaatkan bersama.

Langganan majalah Ragbi.My selama enam bulan secara permulaan itu, akan diberikan kepada sekolah-sekolah terpilih di Negeri Sembilan.

Ragbi.My dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berbesar hati dengan kesudian YB Dato’ Mohamad Taufek menjalinkan kerjasama tersebut yang tujuan utamanya ialah memacu pembangunan sukan ragbi di peringkat sekolah.

YB Dato’ Taufek bersama barisan guru-guru dan pengurusan pasukan ragbi SK Lavender Heights dan SMK KGV pada majlis penyerahan majalah Ragbi.My di Seremban

Semoga dengan penyediaan bahan rujukan dan bacaan sebegini, ia akan dapat menarik minat pelajar dan seterusnya dapat melahirkan bakat-bakat baru yang akan membarisi skuad negara satu hari nanti.

Simbolik kepada penyerahan sumbangan itu, YB Dato’ Mohamad Taufek menyerahkan koleksi majalah Ragbi.My kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V Seremban dan Sekolah Kebangsaan (SK) Lavender Heights.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: