PERLAWANAN UJIAN HANGATKAN ARENA RAGBI TANAH AIR

Khamis lepas (27 ogos) telah berlangsungnya perlawanan ujian melibatkan empat pasukan bertempat di padang Royal Selangor Club (RSC) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Perlawanan tersebut melibatkan Polis Bersatu, RSC serta KL Tigers yang menurunkan dua pasukannya.

Bermain dalam format tujuh sebelah (7’s), keempat-empat pasukan bertemu antara satu sama lain dalam perlawanan yang diadakan secara tertutup itu.

Antara kelibat pemain negara yang kelihatan ialah Marc Le yang mengemudi pasukan KL Tigers manakala Muhammad Azwan Zuwairi Mat Zizi atau Puteh membarisi Polis Bersatu di samping Juki, Wan Din, Apang, Sofian dan Hezry.

Pasukan KL Tigers bersama Marc Le (kanan)

Menurut jurucakap pasukan Polis Bersatu, perlawanan tersebut diadakan sebagai pemanas badan setelah hampir lima bulan ‘berehat’ daripada sebarang kejohanan.

Antara aksi sempat dirakam jurugambar Ragbi.My pada perlawanan ujian Polis Bersatu – RSC – Kl Tigers Khamis lalu

Selain perlawanan tersebut, peminat ragbi tempatan mula dihidangkan dengan perlawanan-perlawanan persahabatan yang diadakan secara tertutup dengan mengikuti SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Belia dan Sukan serta Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU).

Terdahulu RSC telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Bunga Raya Old Boys menyaksikan kemenangan berpihak kepada RSC dengan mata 22-17.

Ragbi.My selaku media ragbi tanah air akan sentiasa membawakan kepada anda perkembangan terkini arena ragbi negara dari masa ke semasa.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: