SEPANG THUNDER SEDIA GEMPUR LAWAN

Oleh Nas Norziela Nasbah

“Tiada yang mustahil selagi mana kita berusaha! Itulah kata-kata semangat sering diungkapkan Jurulatih Kelab Sepang Thunder Rugby Kolej Vokasional Sepang, Cikgu Mohd Firdaus Mohd Hadi bersama-sama Cikgu Azizi Abdol Aziz , yang telah mengendalikan kelab itu sejak tahun 2006.

Antara pasukan yang digeruni sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya sehingga dua pemainnya terpilih mewakili Putrajaya ke peringkat kebangsaan (Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan U20 2019), Mohd Firdaus memberitahu bukan mudah pada peringkat awalnya kerana untuk mencari pemain yang benar-benar boleh bermain tanpa latihan yang mencukupi.

“Cabaran yang dihadapi adalah daripada segi pemahaman pemain terhadap taktikal yang ingin diterapkan dalam sukan ini.

“Jadi, masa latihan sangat penting untuk pemain-pemain ini faham dan dapat mengaplikasikannya di atas padang. Tetapi saya amat berbangga dengan pencapaian mereka setakat ini,” katanya ketika dihubungi Ragbi.My.

Dikenali dengan nama SEPVOC Rugby Team sebelum ini Kelab Sepang Thunder Rugby KV Sepang kini disertai seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu hingga Tahun Empat.

Antara kejayaan yang diperoleh pasukan itu apabila menjuarai Kejohanan Jemputan Putrajaya 7s U20 2019 seterusnya 2 orang pemain terpilih mewakili Putrajaya ke Kejohanan Ragbi 7s Kebangsaan U20 2019.

Selain itu, pasukan itu terus melakar kejayaan apabila menjadi Naib Johan kategori CUP Kejohanan Ampangan 7s bawah 19 2020 selain tempat ketiga kategori CUP Sukan VokTek zon Selangor/Kuala Lumpur.

Kelab Sepang Thunder Rugby KV Sepang turut dikendalikan Jurulatih S&C, Cikgu Hassanal Hafiz Arshad dan Fisioterapi, Cikgu Mohd Jayamin M. Ikhsan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: