Royal Selangor Club Rugby (RSC) buat julung kalinya menganjurkan perlawanan persahabatan ragbi melibatkan lapan pasukan bermula 19 September ini.
Semalam telah berlangsungnya sesi pengenalan kepada penganjuran acara itu bertempat di RSC Dataran Merdeka dengan dihadiri oleh jurulatih serta pengurus pasukan-pasukan terlibat.
Pool A menyaksikan RSC, KMC Tsunami, COBRA dan KOBA diletakkan dalam kumpulan yang sama manakala Pool B dibarisi oleh KL Tigers, Kelleys, STAROBA dan SMS Old Boys.

Perlawanan peringkat pertama (Stage 1) dilaksanakan secara ’round robin’ dan seterusnya Stage 2 dimainkan secara Play-Off.
Dalam majlis yang sama turut menyaksikan Geomatic Solutions diwakili Alan Manan menyerahkan tajaan kit pasukan RSC The Dog bagi tahun 2020 kepada RSC Rugby Convener, Richard Dutton.

Kesemua perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Sabtu petang dengan dua perlawanan akan berlangsung serentak (padang A dan B)

UNTUK MAKLUMAN PEMINAT RAGBI TANAHAIR, PERLAWANAN DIJALANKAN SECARA TERTUTUP, TIADA PENONTON DAN PENYOKONG DIBENARKAN HADIR SERTA MENGIKUTI SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SERTA KESATUAN RAGBI MALAYSIA.
Related

You must be logged in to post a comment Login
You must log in to post a comment.