SEPTEMBER PENUH AKSI RAGBI TEMPATAN

Sama ada kita sedar atau tidak, sukan ragbi tenggelam seketika sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan oleh kerajaan sejak bulan Mac lalu.

Namun segalanya berubah apabila kerajaan memperkenalkan SOP khusus untuk sukan yang dilaksanakan bagi membolehkan atlet serta penggiat sukan memulakan kembali aktiviti masing-masing.

Bagi sukan ragbi, meskipun tidak dimainkan dalam acara berbentuk kejohanan, ianya masih boleh dimainkan secara perlawanan persahabatan dan tertutup tanpa penglibatan penyokong atau penonton.

Ragbi.My selaku media ragbi utama di negara ini membawakan kepada anda senarai perlawanan dan acara berlangsung sepanjang bulan ini buat tatapan peminat ragbi tanahair.


5 Sept- DRACONIAN vs SDARA & Rhinoz Warrior vs SCRC
Perlawanan ujian melibatkan pasukan-pasukan negeri yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan
16 September Ragbi.My 4 Way Rugby 10’s Kemaman Test Match
RSC FRIENDLY SERIES (19 Sept)
Latihan pasukan touch ragbi Bank Muamalat

Demikian antara aksi-aksi yang sempat kami bawakan untuk anda. Nak dapatkan rangkuman terkini dan eksklusif, jangan lupa dapatkan majalah Ragbi.My edisi September!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: