Connect with us

Hi, what are you looking for?

NEWS

Lawrence ‘Mengamuk’ Di Perth, Malaysia Jadi Sebutan

Dua klip video berdurasi 20 saat memaparkan aksi Lawrence mencipta ‘try’ terus menjadi sensasi dan tular, sekurang-kurangnya menenggelamkan isu politik semasa tanahair.

Pada perlawanan semalam, Lawrence menghadiahkan mata penting buat pasukannya University of Western Australia (UWA) sewaktu bertemu Curtin University Rugby pada saingan pusingan ke-13 Fortescue 2020 Premier Grade.

Rakaman video tersebut dengan jelas memaparkan bagaimana Lawrence dengan sepenuh kelajuan dan menggunakan pengalamannya merempuh pertahanan lawan melepasi garisan ‘try’ untuk mengutip mata bagi pasukannya.

Aksi Lawrence sewaktu bertemu Curtin University pada perlawanan
pusingan ke-13 semalam.
Sumber: Khairul Syazwan Azahar
Aksi memukau Lawrence yang kini tular di media sosial.
Sumber: Khairul Syazwan Azahar

Sebaik wisel tamat permainan ditiup pengadil bertugas, UWA mencipta rekod dengan mata 92 – 15. Kemenangan tersebut membawa pasukannya ke Tier 2 kejohanan dengan penentuan untuk tempat ke-5 hingga ke-8.

Dua ‘try’ pada perlawanan tersebut menjadikan lima keseluruhannya pada kempen musim ini buat Lawrence.

Pencapaian Lawrence pada ketika ini menjadi pencetus kepada generasi pelapis ragbi tanahair untuk terus berusaha dan berani menyahut cabaran mengembangkan sayap di luar negara seperti Dugro yang kini bermain di Japan Rugby Top League dan Lawrence sendiri di UWA.

Buat Lawrence, teruskan prestasi cemerlang anda di sana. Seluruh komuniti ragbi di tanahair sentiasa mengikuti perkembangan terkini Lawrence setiap masa.

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

FEATURES

Tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran khususnya buat penggiat sukan ragbi bakal berlalu pergi. Sejak penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan...

FEATURES

THE BEST MRU SQUAD OF THE 80’s Excellent at the scrum, pinpoint accurate at the lineout and outstanding in the loose, Rosly Abdul Majid...

FEATURES

Bagi penggiat ragbi khususnya di Lembah Kelang, kelab Buttercookies sememangnya tidak asing lagi bagi mereka yang aktif dalam liga serta kejohanan tempatan. Ragbi.My berkesempatan...

FEATURES

Berikutan penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, pelbagai organisasi dan pertubuhan sukan mula mengambil keputusan drastik dengan menangguhkan penganjuran acara sukan

Advertisement
0