KRM UMUM SOP TERKINI BERKUATKUASA 1 OKTOBER 2020

Berkuatkuasa 1 Oktober 2020, penganjuran perlawanan persahabatan (7 sebelah dan 10 sebelah) yang pada ketika ini terhad kepada empat pasukan sahaja, akan diberi kebenaran sehingga lapan pasukan.

Manakala bagi penganjuran Liga Ragbi Negeri 15 sebelah, kebenaran hanya diberikan kepada Ahli-ahli Gabungan KRM sahaja dan perlu memaklumkan kepada Pengerusi Pengadil Negeri dan Pengarah Perubatan dan Kebajikan Pemain KRM.

Demikian menurut surat pemakluman oleh Naib Presiden merangkap Pengarah Pertandingan KRM, Mohamad Fahmy Abd Jalil yang disalurkan kepada Ragbi.My hari ini.

Surat pemakluman oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)

Turut diberi perhatian serius ialah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan KRM sendiri.

Penggiat sukan ragbi boleh merujuk kepada dokumen yang disertakan di bawah ini (boleh dimuat turun).

Pengumuman ini dijangka menerima reaksi positif daripada komuniti ragbi tanahair untuk sama-sama menyemarakkan lagi arena sukan tempatan namun pematuhan terhadap SOP harus dititikberatkan bagi mengelakkan risiko penularan Covid-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: