COVID-19: LIGA RAGBI PUTRAJAYA DITANGGUH

Liga Ragbi Putrajaya yang dijadualkan bermula 3 Oktober lepas terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu berikutan peningkatan penularan COVID-19 pada ketika ini.

Menurut Presiden Persatuan Ragbi Putrajaya, Mohd Zaki Shahran melalui kenyataan rasminya menjelaskan, penangguhan dibuat selama seminggu bagi melihat situasi semasa yang semakin membimbangkan khususnya penggiat sukan ragbi.

Jelasnya, penangguhan itu disusuli dengan pemantauan rapi bersama beberapa badan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Perbadanan Putrajaya serta Kesatuan Ragbi Malaysia.

Mohd Zaki yang dihubungi Ragbi.My turut menjelaskan sekiranya keadaan tidak mengizinkan, pihaknya akan menangguhkan liga tersebut bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan semua yang terlibat.

Sebanyak lapan pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam Liga Ragbi Putrajaya iaitu: ASAS RC, MIAT FALCONS, SAAS WORIYO, QUBYX LIONS, KKB, KL SARACENS, RIOBA dan KAJANG RAMS.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: