RAGBI.MY #8: EDISI WAJIB BELI BUAT RUGGERS

Berikutan pembukaan semula sektor sukan baru-baru ini, arena ragbi tanahair dimeriahkan dengan pelbagai perlawanan persahabatan.

Ragbi.My selaku majalah ragbi utama negara membawakan liputan perlawanan sepanjang bulan September buat tatapan peminat ragbi tanahair.

Namun, tumpuan harus diberikan kepada negeri Johor selaku tuan rumah SUKMA XX yang kini berada di fasa terakhir persediaan menjelang temasya sukan terbesar negara tahun hadapan.

Ragbi.My meninjau persiapan venue ragbi di Stadium Mount Austin seterusnya berpeluang menemubual Presiden Kesatuan Ragbi Johor (JRU) Datuk Mohd Noorazam Osman

Muka depan edisi #8 Ragbi.My

Paling menarik, kami bawakan 7 game highlights pada keluaran kali ini:

  • Ragbi.My 4 Way Rugby 10’s Kemaman Test Match
  • RSC Friendly Series (W1)
  • Rhinoz Warrior vs SCRC
  • SDAR Lions vs Draconian
  • Test match 3 Penjuru (RSC – KL Tigers – Polis Bersatu)
  • UPM Test Match
  • Touch Rugby Bank Muamalat
Antara liputan perlawanan yang dimuatkan pada edisi #8

Selain liputan perlawanan, kami juga membawakan kolum tetap yang berinformasi dan padat dengan panduan untuk rujukan semua!

  • #roadtosukma PERSIAPAN SUKMA XX: Johor bersedia jadi tuan rumah terbaik
  • #Lejen Kenali coach skuad MRU Shahid Majid
  • Mat Kilau guna duit sendiri demi ragbi
  • Kenapa Choco terlepas peluang main di Sukan Komanwel 98?
  • KKB Great Wall cadang lakukan comeback!
  • Chiropractic vs Physiotherapy bersama Spinefit Chiro & Physio
Antara kandungan menarik dan berinformasi dimuatkan di dalam edisi #8

Buat ruggers sekalian, jangan tunggu lagi kerana edisi kali ini bakal jadi rebutan ramai! Jadikannya koleksi bahan bacaan atau simpanan peribadi anda yang takkan didapati di mana-mana.

Tempah naskhah anda sekarang! Klik pautan di bawah untuk pembelian segera!

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: