Alpha Rugby Gear – satu jenama unggul khususnya dalam sukan ragbi kini tampil dengan rekaan baju paling istimewa berkonsepkan sokongan kepada pasukan negara.
Dengan kata-kata “Sehingga ‘Try’ yang terakhir” baju dengan design menarik ini mendapat permintaan tinggi daripada komuniti ragbi tanahair.
Alpha Rugby Gear ketika dihubungi Ragbi.MY menjelaskan, rekaan tersebut mendapat perhatian peminat serta penggiat ragbi tempatan untuk melahirkan kebanggaan terhadap arena ragbi negara yang semakin berkembang pesat ketika ini.
Pada harga RM30 sehelai, baju dengan rekaan khas ini boleh didapati dengan menekan link pada poster berikut:

Alpha Rugby Gear menjelaskan, selain menghasilkan baju serta kit jersi, pihaknya juga menghasilkan pelitup muka jenis fabrik yang boleh ditempah mengikut citarasa tersendiri (custom made) dengan harga paling ekonomi di pasaran.
Malah selain baju serta kit jersi ragbi, Alpha Rugby Gear turut menghasilkan pakaian sukan untuk bola sepak, sukan umum, kasual serta pakaian muslimah.
ALPHA RUGBY GEAR – Jenama terunggul untuk semua!
You must be logged in to post a comment Login
You must log in to post a comment.