ARE YOU READY FOR BLEDISLOE 3?

Video berdurasi 1 minit 20 saat disiarkan oleh channel Youtube All Blacks mengajak peminat ragbi seluruh dunia khususnya untuk mengikuti episod ketiga dalam pertembungan dengan Wallabies yang akan berlangsung esok (31 Oktober) di ANZ Stadium Sydney Australia.

Perlawanan Bledisloe Cup tambah menarik apabila New Zealand perlu mencipta kemenangan di bumi Australia selepas merekod satu seri dan menang sekali pada dua perlawanan sebelum ini.

All Blacks menamakan skuad yang bakal beraksi menentang Australia dengan Hoskins Sotutu (no. 8) diturunkan sebagai starting lineup, manakala Ardie Savea bercuti (isteri bersalin) dan Dalton Papalii di bangku simpanan.

Senarai skuad All Blacks pada perlawanan ketiga Bledisloe Cup

Australia juga menurunkan dua muka baru iaitu Noah Lolesio dan Irae Simone untuk memperkuatkan skuad Wallabies.

Kedua-dua pemain Brumbies itu yang bermain di posisi flyhalf dan inside centre dibawa masuk bagi menggantikan James O’Connor dan Matt Toomua.

Sementara itu Sam Whitelock (All Blacks) yang mengalami konkusi dan terlepas perlawanan kedua minggu lalu kini pulih dan diturunkan pada perlawanan ketiga ini.

Perlawanan ketiga Bledisloe Cup esok juga berlangsung serentak dengan pembukaan Tri-Nations melibatkan AUstralia, New Zealand dan Argentina selepas Afrika Selatan mengesahkan menarik diri pada tahun ini.

Skuad Wallabies bakal beri saingan terhebat menentang All Blacks pada saingan ketiga Bledisloe Cup/ Tri-Nations

SENARAI PENUH SKUAD ALL BLACKS & WALLABIES

Australia: 1.James Slipper, 2.Brandon Paenga-Amosa, 3.Allan Alaalatoa, 4.Lukhan Salakaia-Loto, 5.Matt Philip, 6.Ned Hanigan, 7.Michael Cooper (captain), 8.Harry Wilson, 9.Nic White, 10.Noah Lolesio, 11.Marika Koroibete, 12.Irae Simone, 13.Jordan Petaia, 14.Filipo Daugunu, 15.Dane Haylett-Petty.

Simpanan: 16.Jordan Uelese, 17.Scott Sio, 18.Taniela Tupou, 19.Rob Simmons, 20.Fraser McReight, 21.Tate McDermott, 22.Reece Hodge, 23.Hunter Paisami.

All Blacks: 1.Karl Tu’inukuafe, 2.Dane Coles, 3.Ofa Tuungafasi, 4.Patrick Tuipulotu, 5.Samual Whitelock, 6.Shannon Frizell, 7.Sam Cane (captain), 8.Hoskins Sotutu, 9.Aaron Smith, 10.Richie Mo’unga, 11.Caleb Clarke, 12.Jack Goodhue, 13.Anton Lienert-Brown, 14.Jordie Barrett, 15.Beauden Barrett.

Simpanan: 16.Codie Taylor, 17.Alex Hodgman, 18.Tyrel Lomax, 19.Scott Barrett, 20.Dalton Papalii, 21.TJ Perenara, 22. Ngani Laumape, 23.Rieko Ioane.

Jangan lupa subscribe Ragbi.MY untuk pelbagai perkembangan berita ragbi tempatan dan antarabangsa.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: