TRI-NATIONS RUGBY: WALLABIES KETEPIKAN ALL BLACKS DI BRISBANE

Ketika seluruh peminat ragbi menjangkakan All Blacks akan meraih kemenangan berturut-turut ke atas Wallabies, skuad kendalian Dave Rennie membuktikan sebaliknya.

Keputusan 24-22 dicatatkan di Suncorp Stadium Brisbane semalam menaikkan kembali kepercayaan peminat terhadap Wallabies yang telah menghadapi satu seri dan dua kekalahan dalam pertembungan dengan All Blacks sebelum ini.

Pada perlawanan semalam, penonton dihidangkan dengan corak permainan yang menarik dan mendebarkan dengan dua pemain (1 All Blacks dan 1 Wallabies) diperintah keluar padang oleh pengadil, Nic Berry akibat kekasaran serius terhadap lawan.

Prop All Blacks, Ofa Tuungafasi dilayangkan kad merah diikuti oleh flanker Wallabies, Lachlan Swinton yang baru pertama kali diturunkan.

Rangkuman aksi menarik pertembungan All Blacks vs Wallabies di Brisbane

Australia memulakan penguasaan dengan meraih try pertama melalui tendangan Reece Hodge ke kawasan 22 meter All Blacks. Lantunan bola tersebut kemudian disambut oleh fullback Tom Banks dan kemudian membuat hantaran ke belakang kepada winger Tom Wright dan akhirnya melakukan try pertama Wallabies.

Separuh masa pertama penuh dengan pelbagai aksi mendebarkan namun kedua-dua pasukan mengekalkan mata 8-8 sebelum bersambung ke babak kedua.

Pada minit ke-49, Australia mendapat tendangan penalti yang disempurnakan oleh Reece Hodge. Tendangan penalti tersebut adalah yang keempat buat dirinya dan melebarkan mata mendahului All Blacks dengan 17-15.

Menurunkan pemain-pemain baru, Wallabies terus menggempur kubu All Blacks dan pada minit ke 74, prop Taniela Tupou meraih try. All Blacks pula berhempas pulas cuba merapatkan jurang dan berjaya mencipta try oleh Tupou Vaa’i namun masa menjadi pemisah kepada skuad All Blacks untuk mencipta kejutan di Brisbane.

Scorers: Australia (24) Try: Tom Wright, Taniela Tupou;
Reece Hodge 1 conversion, 4 penalti) 

All Blacks (22) Try: Rieko Ioane, Codie Taylor, Tupou Vaa’i;
Jordie Barrett 2 conversion, 1 penalti)

Autralia akan menentang Argentina pada perlawanan berikutnya pada 21 November nanti.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: