KBS: TIADA PENGANJURAN SUKMA TAHUN 2020 & 2021

Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dalam kenyataan medianya hari ini mengumumkan bahawa tiada penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2020 dan 2021.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mesyuarat secara atas talian bersama Sekretariat SUKMA Johor 2020 dan wakil-wakil negeri serta Kerajaan Negeri Johor.

Menurutnya lagi, Kerajaan Negeri Johor telah memohon agar SUKMA dan Para SUKMA 2020 yang telah dijadualkan pada Mac dan April 2021 ditangguhkan sekali lagi atas beberapa sebab utama antaranya ketidaktentuan dalam penularan pandemik COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga ketika ini.

Ketidaktentuan tarikh penganjuran temasya juga memberi tekanan dan kekangan kepada program pelaksanaan atlet negeri-negeri terlibat selain kalendar sukan antarabangsa seperti Kejohanan Bola Sepak Euro 2020 (Julai 2021), Sukan Olimpik Tokyo (Julai/Ogos 2021) dan Sukan Paralimpik Tokyo (Ogos/September 2021).

Namun, Kerajaan Negeri Johor melahirkan kesediaan untuk menganjurkan SUKMA pada tahun 2022 memandangkan Johor telah bersedia hampir 99% dari segi perancangan, pengurusan, teknikal serta kemudahan pertandingan.

Justeru, Jawatankuasa Tertinggi SUKMA/ Para SUKMA telah sebulat suara menangguhkan temasya SUKMA dan Para SUKMA XX ke tahun 2022.

Dalam pada itu, SUKMA 2024 akan menyaksikan Majlis Sukan Negara selaku tuan rumah bersama Selangor dan Wilayah Persekutuan.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: