LOS PUMAS IGAUAN NGERI ALL BLACKS

Stadium Bankwest menjadi saksi kepada kebangkitan pasukan Argentina pada perlawanan pusingan ketiga Tri Nations 2020 menentang All Blacks semalam.

All Blacks yang mengalami kekalahan pada minggu sebelumnya sewaktu bertemu Wallabies, nyata tidak mampu menahan asakan skuad Los Pumas di samping kesalahan-kesalahan yang menghadiahkan penalti kepada Argentina.

Kekalahan tersebut mencatatkan sejarah selepas 30 perlawanan sepanjang 35 tahun rekod pertemuan dengan Argentina.

Highlight perlawanan New Zealand menentang Argentina di Stadium Bankwest, Sydney

Di suatu sudut lain, Argentina yang tidak bermain selama lebih setahun (dengan kiraan 402 hari) bagaimanapun menghadapi skuad All Blacks dengan berhati-hati.

Seawal minit kedua, penonton dihidangkan dengan aksi tolak menolak yang tercetus oleh blindside flanker All Blacks, Simon frizell terhadap kapten Los Pumas, Pablo Matera.

Nicholas Sanchez menjadi wira apabila berjaya menyempurnakan sepakan penalti menjadikan Argentina mendahului All Blacks dengan tiga mata pada minit ke-lima permainan.

Minit ke-18 pula menyaksikan Sanchez berjaya mencipta try di bawah palang apabila gerakan liciknya berjaya mengucar-kacirkan pertahanan New Zealand dan lantunan bola kembali ke tangannya dan menambah tujuh mata melalui try dan conversion.

Siaran Twitter All Blacks merakamkan ucapan tahniah kepada Los Pumas atas kemenangan mereka

Separuh masa pertama berakhir dengan Los Pumas mendahului 16-3 melalui tendangan penalty goal yang disempurnakan oleh Sanchez.

Babak kedua juga menyaksikan penalti demi penalti diberikan oleh pengadil Angus Gardner kepada Argentina dan Sanchez tidak mensia-siakan peluang tersebut.

All Blacks meraih try melalui kapten yang juga flanker, Sam Cane pada minit ke-52 manakala bintang sensasi Caleb Clarke berjaya mencipta try pada minit ke-81.

Keputusan Penuh: Argentina 25 – 15 New Zealand

Argentina (Nicolas Sanchez 1 try; 1 conversion, 6 penalty goal) 

New Zealand (Sam Cane 1 try, Caleb Clarke 1 try; Richie Mo’unga 1 conversion, 1 penalty goal)

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: