KAJISELIDIK KEPERLUAN WEBINAR UNTUK GURU/JURULATIH RAGBI SEKOLAH

Berikutan gelombang ketiga pandemik COVID-19 di Malaysia serta penutupan sementara sektor sukan tertentu, Ragbi.MY mengambil inisiatif untuk mewujudkan seminar atas talian (webinar) sebagai pengisian untuk mewujudkan komuniti berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Webinar yang akan dianjurkan bertujuan memperkasakan guru/jurulatih sukan ragbi di sekolah sekaligus melahirkan pemain-pemain berbakat dan berpotensi.

Justeru, Ragbi.MY mempelawa guru-guru serta jurulatih ragbi sekolah untuk mengisi kaji selidik ini agar modul webinar dapat dibangunkan mengikut keperluan dan menepati permintaan semasa.

Terima kasih di atas kesudian Tuan/Puan mengisi borang kaji selidik ini dan semoga sukan ragbi terus subur meskipun dunia dilanda pandemik Covid-19.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: