SCOTT SIO DIKERAH HADAPI LOS PUMAS

Sabtu ini peminat ragbi seluruh dunia pastinya bertumpu kepada perlawanan Tri Nations membabitkan Autsralia bertemu Argentina.

Skuad Los Pumas yang baru saja mengecewakan All Blacks dijangka bakal memberi tentangan hebat kepada pasukan pimpinan Dave Rennie di Stadium McDonald Jones.

Dalam perkembangan berkaitan, Rennie dilaporkan memanggil pemain berpengalaman, Scott Sio bagi memperkuatkan backline Wallabies, strategi sama digunakan sewaktu menewaskan All Blacks dua minggu lalu.

Kehadiran Sio memberi harapan baru apabila James Slipper (prop) yang cedera terlepas peluang bertemu Argentina manakala James O’Connor dan Matt To’omua masih lagi tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.

Manakala Ned Hanigan (blindside flanker) akan menggantikan Lachie Swinton yang digantung permainan dan Taniela Tupou juga disenaraikan dalam skuad Wallabies.

Highlight perlawanan Wallabies & All Blacks di Brisbane

WALLABIES (1-15): Scott Sio, Brandon Paenga-Amosa, Taniela Tupou, Rob Simmons, Matt Philip, Ned Hanigan, Michael Hooper (c), Harry Wilson, Nic White, Reece Hodge, Marika Koroibete, Hunter Paisami, Jordan Petaia, Tom Wright, Tom Banks.

SIMPANAN: Folau Fainga’a, Angus Bell, Allan Alaalatoa, Rob Valetini, Liam Wright, Jake Gordon, Noah Lolesio, Filipo Daugunu

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0
%d bloggers like this: