England mengesahkan pertemuan dengan Australia dan juara piala dunia Afrika Selatan pada penganjuran Autumn Cup 2021 yang akan berlangsung di Stadium Twickenham, November tahun hadapan.
RFU dalam kenyataannya menjelaskan bahawa empat negara akan terlibat dalam perlawanan tersebut di mana satu lagi pasukan akan ditentukan dalam masa terdekat.
Skuad Eddie Jones akan memulakan saingan pada 6 November 2021 dengan pasukan daripada negara yang akan diumumkan kemudian, seterusnya bertemu Wallabies pada 13 November dan perlawanan terakhir menentang Springboks pada 20 November.
Pertembungan England dan Australia bakal mengulang sejarah suku akhir Rugby World Cup (RWC) 2019 menyaksikan kemenangan berpihak kepada England dengan mata 40-16.
Ianya juga menjadikan rekod pertemuan England dan Australia sebanyak lapan kali di bawah kendalian jurulatih Eddie Jones.
Manakala perlawanan melibatkan England dan Afrika Selatan merupakan pertemuan pertama buat kedua-dua pasukan selepas RWC 2019.
Pada tahun 2018, England menewaskan Springboks di Twickenham dengan mata 12-11.
Eddie Jones dalam kenyataannya berkata, siri perlawanan tersebut bakal berlangsung sengit dan akan dijadikan platform untuk memperbaiki pasukannya.
“Pertemuan dengan Afrika Selatan selaku juara dunia akan dijadikan penanda aras terhadap persediaan England,”
Eddie Jones, Ketua Jurulatih England
“Manakala Australia juga sebagai salah satu pasukan yang sangat meningkat dari segi prestasi dengan bakat-bakat baru serta jurulatih berpengalaman seperti Dave Rennie dan Scott Wisemantel, pastinya perlawanan yang hebat untuk semua,” jelasnya lagi.
Artikel penuh disiarkan di laman web England Rugby.
Teruskan mengikuti Ragbi.MY untuk pelbagai maklumat terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa yang dibawakan khas untuk anda melalui platform digital dan media sosial.
Langgan majalah Ragbi.MY di sini.
You must be logged in to post a comment Login
You must log in to post a comment.