Majalah ragbi pertama di Malaysia kini memasuki edisi ke-10 dengan penampilan lebih menarik dan padat dengan pelbagai informasi.
Muka depan kali ini membawakan seorang bekas jurutera yang pernah bermain ragbi ketika melanjutkan pengajian di Jepun melalui perkongsian istimewa bersama pasukan editorial Ragbi.My.

Rizal Salikon atau lebih dikenali Wak kini mengusahakan perniagaan makanan dan barangan antik di Senawang Negeri Sembilan menceritakan bagaimana komuniti ragbi di Jepun khususnya jurulatih yang sentiasa menjaga kebajikan Wak sebagai seorang muslim.
Edisi kali ini juga membawakan beberapa penampilan kelab dan pasukan antaranya pasukan touch rugby Cheesywolf, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Onn (THOR), pasukan SUKMA wanita Perlis serta pasukan SUKMA lelaki Pahang.
Turut dipaparkan berita dari Sandakan, Sabah iaitu inisiatif Eagles Rugby Club (ERC) dalam membantu masyarakat setempat yang terjejas akibat PKPD di negeri itu.
Manakala di segmen Ragbi Sisters, kali ini kami menampilkan Siti Aisyah Cassidy yang berbakat besar dalam sukan ragbi dengan keazamannya untuk bermain di Sukan Asia suatu hari nanti.
Untuk segmen lejen, kami bawakan kisah Zainudin Mohd atau ‘Din’ yang beraksi untuk negara pada tahun 1978. Pelbagai perkongsian menarik yang tidak harus dilepaskan oleh peminat ragbi tanahair untuk mengetahui kehebatan skuad negara pada era tersebut.
Semua ini dan banyak lagi boleh didapati dalam edisi #10 Ragbi.MY yang dibawakan khas untuk anda.
Anda juga boleh melanggan majalah ini melalui portal Ragbi.MY yang berwajah baru.
Langgan majalah Ragbi.MY SEKARANG untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini berkaitan perkembangan ragbi tempatan dan antarabangsa
You must be logged in to post a comment Login
You must log in to post a comment.