Semalam berlangsungnya majlis ringkas pelancaran kenderaan rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM) bertemakan pasukan ragbi Serdang Angels disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Mohd Roslan Sulaiman.

Pengurus pasukan , Mohd Zyuraidi Abdul Majid, yang dihubungi Ragbi.MY berkata, sebanyak tiga unit kenderaan iaitu sebuah van, sebuah coaster dan sebuah bas dengan reka bentuk menarik bertemakan pasukan itu dilancarkan bersempena sambutan Jubli Emas penubuhan UPM.

“Ini merupakan satu pengiktirafan kepada Serdang Angels dan saya yakin semua pemain yang pernah bersama pasukan ini akan turut berbangga apabila melihat kenderaan-kenderaan ini megah menyusuri jalan raya,” kata Zyuraidi.

“Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengurusan Universiti yang mengangkat martabat sukan ragbi serta sentiasa memberikan sokongan padu kepada kami seterusnya menjadikan pasukan paling disegani antara institusi pengajian di negara ini,” katanya lagi.

UPM merupakan Pusat Kecemerlangan Sukan Ragbi telah mencipta pelbagai kejayaan khususnya dalam arena ragbi kebangsaan serta melahirkan pemain-pemain negara melalui program yang dilaksanakan.

BERILMU BERBAKTI – WITH KNOWLEDGE WE SERVE
“ANGELS FLY HIGH”
Cogan kata keramat UPM akan dibawa bersama reputasi pasukan ragbi universiti itu yang penuh dengan sejarah dan tradisi kecemerlangan.
Dapatkan berita terkini dan perkembangan dunia ragbi tempatan dan antarabangsa dibawakan hanya oleh satu-satunya media ragbi tempatan.
Klik di sini untuk melanggan majalah Ragbi.MY >>

You must be logged in to post a comment Login
You must log in to post a comment.