Connect with us

Hi, what are you looking for?

FEATURES

2021: Harapan & Impian Komuniti Ragbi

Tahun 2020 yang penuh dengan liku dan cabaran khususnya buat penggiat sukan ragbi bakal berlalu pergi.

Sejak penularan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat pertama kalinya pada bulan Mac dan berterusan hingga kini, senario ragbi tempatan dan global berubah secara mendadak.

Ragbi.MY mengambil kesempatan meninjau pendapat dan harapan komuniti ragbi tempatan menjelang ketibaan tahun 2021 yang pastinya ditunggu-tunggu oleh semua.

Ragbi.MY sempat menghubungi Fahmy Jalil, Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) yang juga selaku Pengarah Pertandingan KRM untuk mendapatkan pandangan serta harapan beliau.

"Saya mengharapkan Malaysia Rugby terus cemerlang di dalam membangunkan sukan ragbi untuk tanah air dan semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya seperti dirancang"

“Saya mengharapkan Malaysia Rugby terus cemerlang di dalam membangunkan sukan ragbi untuk tanah air dan semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya seperti dirancang”

Fahmy Jalil – Kesatuan Ragbi Malaysia

Manakala bagi Zulkifli Ahmad, 39, dari Melaka pula mengharapkan Malaysia bebas daripada COVID-19 seterusnya sukan ragbi dapat dimainkan semula seperti biasa.

Beliau yang juga bekas pemain pasukan Serdang Angels serta pengasas As-Salam Deli di Melaka turut mengharapkan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan pada tahun 2021.

“Saya mengharapkan negara kita akan bebas daripada Covid-19 dan penganjuran kejohanan dapat dijalankan semula seperti sediakala”

Zulkifli Ahmad – X Angels

Manakala bagi Suzeli Mahadi dari Johor Bahru, beliau mengharapkan sinar baru untuk tahun 2021 khususnya dalam pembangunan bakat ragbi.

Beliau yang juga antara tulang belakang UDA Rugby Club, berharap tahun 2021 menjadi medan untuk menambah bakat-bakat baru yang berpotensi dikembangkan untuk masa hadapan.

“Semoga tahun 2021 menjadi medan pertandingan peringkat asean bagi versi 15 sebelah & 7 sebelah, melalui kejohanan ini kita dapat mengumpul lebih ramai pemain ragbi mewakili negara & meningkatkan taraf ragbi di negara asean secara tidak langsung di samping menjadi medan persediaan pasukan negara bagi menghadapi ARC 2021”

Suzeli Mahadi – UDA Rugby Club

Ikuti perkembangan terkini UDA Rugby Club di sini >>

Dari Miri Sarawak, Ragbi.MY menghubungi Erina Tasha Rajis, salah seorang pemain skuad SUKMA Sarawak bagi mengetahui harapan beliau.

Bagi Erina, tahun 2021 diharapkan lebih banyak kejohanan dapat dianjurkan meskipun temasya SUKMA ditangguh ke tahun 2022.

“Harapan saya agar pandemik di tahun depan tidak akan menjadi penghalang untuk MSN serta semua kelab ragbi di Malaysia untuk menganjurkan pertandingan walaupun SUKMA ditunda. Semoga semua pemain akan dapat beraksi tahun depan apabila adanya tournament setelah sekian lama berehat di rumah”

Erina Tasha Rajis – Skuad SUKMA Sarawak

Bagi seorang guru yang juga dari Miri, Faqrul Hafiz Abu Bakar pula berharap program pembangunan akar umbi seperti Get Into Rugby (GIR) dapat dihidupkan kembali untuk menyemarakkan lagi sukan ini di semua peringkat.

“Harapan saya yang pastinya adalah semoga pandemik Covid-19 segera reda dan aktiviti ragbi peringkat akar umbi seperti Get Into Rugby (GIR) dapat dilaksanakan semula. Selain itu, saya berharap pada tahun 2021 lebih banyak kejohanan melibatkan pasukan ragbi wanita dapat dianjurkan bagi persediaan SUKMA 2022”

Faqrul Hafiz Abu Bakar – Piranhas Lutong Rugby Club

Ikuti perkembangan Piranhas Lutong Rugby Club di sini >>

Sementara itu, wakil Pantai Timur dari Kemaman, Khairul Syazwan Azahar pula mengharapkan berlakunya sedikit perubahan dalam penganjuran liga ragbi tempatan bagi merealisasikan penambahbaikan senario ragbi dalam negara.

“Harapan saya, supaya MR menambah baik struktur liga ragbi di Malaysia demi untuk merealisasikan azam penaiktarafan ragbi tempatan dari amatur ke semi pro sekurang-kurangnya…”

Khairul Syazwan Azahar – Kemaman Rugby

Anda ada pendapat serta harapan yang ingin dikongsikan? Tinggalkan komen di bawah untuk dikongsikan bersama peminat ragbi tanahair.

Jangan lupa untuk dapatkan majalah Ragbi.MY edisi Januari 2021 yang akan berada di pasaran dengan pelbagai berita dan perkembangan terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa.

Klik di sini untuk mendapatkan naskhah anda >>

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) bersetuju untuk melakukan penjenamaan semula nama pasukan ragbi kebangsaan sebagai pasukan Bunga Raya. Agensi berita BERNAMA melaporkan, Setiausaha Agung KRM,...

NEWS

Malaysia stands at 49th place while Singapore at 55th and Thailand at 76th place of the latest World Rugby ranking

NEWS

Dr. Mazlan Ismail meninggal dunia akibat komplikasi setelah diserang strok sejak 7 Januari lalu

NEWS

Terpilih antara 15 pemain ragbi wanita Asia untuk kempen Unstoppable Asia Rugby

Advertisement
0