Connect with us

Hi, what are you looking for?

British & Irish Lions
The British & Irish Lions Tour 2021 to South Africa in the brink of cancellation

NEWS

Lions Tour 2021: Pelan Kontigensi Diperlukan

Lions Tour 2021 yang dijadualkan pada bulan Jun dan Julai di Afrika Selatan berkemungkinan dijadualkan semula berikutan situasi pandemik COVID-19 yang meruncing khususnya di Britain.

Agensi berita di Eropah melaporkan perkembangan terkini itu berikutan penemuan varian baharu COVID-19 yang dikatakan berasal dari Britain dan mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan telah menular ke beberapa negara.

Lions Tour 2021 ke Afrika Selatan bakal diputuskan seawal bulan Februari nanti

Agensi berita The Guardian melaporkan, keputusan sama ada Lions Tour 2021 boleh dilaksanakan atau tidak akan diumumkan pada bulan Februari nanti selepas penelitian dan penilaian dibuat oleh pengurusan Lions.

Menurut Pengarah Urusan Lions, Ben Calveley dilaporkan berkata, ketidaktentuan yang berlaku akibat pandemik di Afrika Selatan mahupun di UK dan Ireland, memerlukan satu keputusan yang bijak dan tepat berdasarkan data dan perkembangan semasa.

“Keputusan perlu dibuat bagi memudahkan peminat untuk membuat perancangan awal sama ada perlu ke Afrika Selatan atau pun tidak. Namun pihak lembaga pengarah Lions telah mengadakan beberapa mesyuarat dan perbincangan bagi menilai situasi semasa,” kata Ben.

Namun begitu, Daily Mail pula melaporkan kemungkinan Springboks beraksi di UK sebagai pelan kontigensi dan cadangan awal tersebut diterima oleh kesatuan-kesatuan (England, Ireland, Wales & Scotland) dengan pendapatan hasil perlawanan itu dibahagi bersama Afrika Selatan.

CEO SA Rugby, Jurie Roux dilaporkan menolak idea perlawanan tanpa penonton manakala cadangan untuk menunda acara itu bakal menambah kesulitan khususnya logistik.

Dapatkan maklumat terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa hanya di Ragbi.MY – majalah ragbi pertama di Malaysia

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

NEWS

Penganjur kejohanan ragbi Guinness Six Nations menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa jadual acara tersebut akan dianjak ke musim panas berikutan kebimbangan serta peningkatan jangkitan...

NEWS

The British & Irish Lions Tour 2021 – The finest and ultimate rugby tour of all will kick off on 3rd July 2021. Every...

NEWS

Dua perlawanan berlangsung semalam menyaksikan pertembungan Maori All Blacks bertemu Moana Pasifika manakala Los Pumas turun menentang Wallabies pada perlawanan terakhir Tri Nations 2020

NEWS

Tiada siapa menyangka tarikh 17 April 2016 membawa kesan mendalam kepada Izzat Hazziq apabila dirinya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari...

Advertisement
0