Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lawatan Malaysia Rugby ke Pesuruhjaya Tinggi New Zealand

NEWS

MALAYSIA RUGBY ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PESURUHJAYA TINGGI NEW ZEALAND

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.

Kunjungan itu diketuai Presiden, Dato’ Shahrul Zaman Yahya serta Naib Presiden, Mohd Zaki Mohd Shahran, Fahmy Abdul Jalil, Lee Nyuk Fah selaku EXCO KRM serta Pengurus Komersil KRM, Ahmad Jenaton Haq.

Menurut KRM, kunjungan tersebut antara lain mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Tinggi yang baru dilantik, HE Pam Dunn bagi memperkenalkan badan sukan itu dan seterusnya menjalinkan hubungan dua hala dengan negara kiwi khususnya dalam sukan ragbi.

HE Pam Dunn Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia yang baru dilantik Disember lalu

Pada pertemuan tersebut, Shahrul bersama barisan EXCO KRM mengadakan perbincangan dua hala mengenai peluang kerjasama antara satu sama lain serta mempromosikan kejohanan-kejohanan ragbi akan datang kepada HE Pam Dunn.

Shahrul juga turut menyampaikan jersi pasukan negara sebagai simbolik kepada jalinan persahabatan di antara Malaysia dan New Zealand.

Ikuti pelbagai berita terkini dunia ragbi tempatan dan antarabangsa hanya di Ragbi.MY.

Langgan majalah (edisi bercetak) dan versi digital di sini >>

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You May Also Like

Advertisement
0